Ada orang takut nak bercakap hal baik-baik walaupun dalam borak-borak santai sekalipun. Ada yang menyangka keseronokan bersama kawan-kawan terjadi hanyalah apabila semua bergelak ketawa dan cakap hal orang. Tidak salah untuk gelak sikit2 tapi ada batasnya. Bak kata orang, takut hati mati. Bila dah mula rasa hati dah tak sensitif, kena cari jalan untuk bersihkan hati. Dan bab cakap hal orang tu memang kena letak papan 'No Entry' awal2.
Jarang sekali bagi kita untuk berada dalam linkungan kawan-kawan yang dalam keadaan tengah lepak pun boleh berborak mengajak mengingati Allah.
Tapi percayalah suasana itu ada dan anda akan merasakan kemanisannya. Dan kita juga akan menyedari bahawa orang-orang baik dan juga orang yang mencari perkara baik itu wujud. Malah, kedua-duanya boleh duduk bersama untuk terus memperbaiki diri. Tiada noktah dalam perjuangan membaiki diri. Memang tiada siapa yang sempurna, namun, kalau semua orang usaha untuk lakukan yang terbaik supaya sesempurna mungkin untuk dipersembahkan kepada Allah, sudah tentu kebaikan-kebaikan lain akan timbul dalam perjalanan kita melakukan semua itu. InsyaAllah.
Sebab ada orang takut nak bercakap benda-benda baik (walaupun sikit) mungkin kerana bimbang digelar skema, ustazah dan lain2.
"Skema gile weh."
"Wah, ustazah seh."
"Alim kott."
"Biasalah, UIA!" (tak pasal2. tapi ini kisah benar)
Dan akibat daripada kata-kata di atas kita mula rasa risau orang dah tak nak kawan dengan kita dah. Tapi bila fikir balik, kata-kata orang tu hanya akan berlangsung selama tak sampai pun 1 minit. Sekali lalu je betul tak?. 'Ejekan' tersebut tidak akan memberi impak pun kalau kita teruskan tugas kita tanpa terlalu memikirkan kata-kata tersebut.
[pit stop : jom review kisah Nabi SAW semasa berhadapan dengan penduduk di Taif]
Semua bentuk paranoia kita tentang risau apa orang cakap tu tak berbaloi langsung jika nak dibandingkan dengan kebaikan yang mampu keluar daripada mulut kita untuk kita sampaikan kepada orang lain.
Sabda Nabi SAW yang sudah kita maklum, "Sampaikan dariku walau sepotong ayat"(HR Bukhari) memberi makna yang cukup besar. Siapa tahu sepotong ayat yang baik, yang keluar dari mulut kita ini mampu memberi makna kepada orang lain tanpa kita sedari.
Masa awal2 kenal tarbiyyah, pernah menghadiri daurah. Masa tu ada perkongsian dari ikhwah akhawat senior yang pernah belajar di UK dan Australia. Salah seorang penyampai, selepas memberi kata-kata aluan dan salam, perkara pertama yang disebut oleh beliau ialah,
"Beradalah dalam pelukan Islam sepenuh-penuhnya. Bukan suku-suku, bukan separuh-separuh."
Terkesan.
Sampai sekarang.
Semoga beliau memperoleh pahala yang setimpal.
[Saya bukan menulis kerana merasakan diri adalah baik. Tapi apa yang saya tahu, dalam dunia ni ada 2 jalan sahaja. Baik dan buruk. Tiada tengah2. Dan tak boleh nak ambil sikit2 dari salah satu dari dua jalan dan ambil sikit dari yang satu lagi. Semoga yang dipilih adalah yang terbaik. Tegurlah saya jika saya tersalah. Kerana teguran itu adalah satu kebaikan untuk manusia. Dan Menjadi soleh itu fitrah*. Jangan malu, jangan segan. ^_^]
*Majalah solusi isu 33
haha masalah akak is tak pandai sangat nak kasi masuk unsur2 tarbiyyah dalam perbualan. kalau dengan akahwat boleh la sikit2. tapi dengan person yang lom terexpose sangat tak brape pandai. huhu
ReplyDeleteHehe. Amal pun takde terus ckp psl tarbiyyah. Tp kalau kite borak dgn diorang, kite tmbh ayat2 yg bg semangat ke, yg baik2. bg extra value. Hehe. Amal masih mencuba juga. Huhu.. :)
ReplyDelete