
Happiness
Kalau org tanya saya...
"Apakah perkara yg paling menggembirakan bg saya atas muka bumi ni?"
Takkan sekali2 saya jwb manusia. (but this statement comes with some exceptions. :) )
Apa matlamat kita? Allah..
Maka, mencapai redha Allah adalah kebahagiaan yg paling bahagia.
Redha ibu bapa juga penting. Tiada redha ibu bapa, maka tiada redha Allah.
Maka itu juga dalam lingkungan kebahagiaan saya.
Mungkin ada yg akan kata, "Sahabat2 mcm mana pulak? Tak bahagia ke dgn diorg?"
Sahabat sudah tentu. Sbb sy bersahabat krn Allah. Krn mahu redha dan rahmatNya dlm perhubungan.
Jgn risau sahabat2, itu juga dlm lingkungan utk mencapai redha Allah dan lingkungan kebahagiaan saya. :)
Masa sekolah-sekolah dulu, pernah terfikir kalau buat sesuatu yang seronok, maka itu dikatakan akan bawa pd bahagia. Itu yang akan bawa kita kepada the ultimate happiness.
Ada yang cari dan cari, buat perkara yang seronok-seronok dgn matlamat nak cari benda plg best pernah kita buat dlm hidup.
Tapi..tak pernah tercapai pun matlamat tu. Satu kekosongan yang rasa perlu diisi dgn "benda yg plg best pernah kita buat dlm hidup" tak terisi pun. Dan kekosongan yg kita harap kita dpt isi itu sebaliknya jadi semakin besar dan besar dgn diisi dgn perkara yg Allah tak suka. Makin besar dan besar dan makin jauh dan jauh. Jauh dari Allah.
Sbb itu sy fikir selagi kita tak usaha nak dekat dgn Allah, tak usaha nak kenal Allah yang tak henti-henti beri kasih sayang, kita akan terus cari 'kebahagiaan' yang memang palsu dan tak wujud tu. Terus menerus mencari. Pusing kemana-mana sekalipun, akan berbalik pada yang asal juga.
Sbb itu jugalah, kita dilihat asyik melakukan perkara yg salah berulang kali. Sbb kita tak pernah nak fikir apa yg kita buat selama ni tu adalah sesuatu yg sia-sia atau pun tidak. Kita tak pernah nak fikir sama ada apa perkara yg kita buat tu menuju kepada Allah atau tidak. Kita kata kita tak akan kembali kpd jalan itu dah, dah menyesal. Tapi..
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
(As-Saff : 2-3)
Kita kena kuat. Kita kena tolak. Kita tahu benda tu tak baik, maka tolaklah. Usaha. Cuba utk usaha. Cuba.
Setelah melalui beberapa fasa, saya lihat gembira dan bahagia itu sesuatu yang mahal. Mahal sebab ia perlu dihargai. Nikmat bahagia ialah kurniaan Allah. Segala apa pun, milik dan kurniaan Allah. Apa sahaja nikmat kurniaan Allah semuanya mahal. Kalau dpt sungguh bertuah.
Jgn jadikan hidup kita di muka bumi ini satu yg sia-sia. Semua tahu yang Allah janjikan 2 balasan. Yakni syurga atau neraka. Dan saya rasa semua tahu apa yg kita buat akan tentukan ke mana hala tuju kita. Harap sama-sama dpt muhasabah. Ingatan utk diri sendiri juga.
Bagi yang ingin jawab pada soalan tadi, perkara yg paling menggembirakan di atas muka bumi ini adalah seseorang yg bukan mahramnya, seseorang yang tiada ikatan sah dgnnya. Seseorang yg baru dia kenal 2,3 tahun, tidak kira bahagia mcm mana sekalipun kamu berdua.. fikir-fikirkanlah sebaik-baiknya.
p/s : Ada sedikit kekesalan dgn pilihan kamu itu. Tp takkan sy berhenti dgn kekesalan. Akan sy bantu kamu utk faham.
Biarlah ambil masa seumur hidup sekalipun..
Sy nak selamatkan kamu..
Sbb kamu sahabat saya...