Assalamualaikum..
Buku baru ini baru sahaja saya baca dalam minggu lepas. Pinjam dari seorang sahabat. Beliau beli di Book Fair hari tu. Saya tak pergi sebab ada program dan dah terbayang suasana hingar-bingar. Tak boleh nak tanggung rasanya. Dulu penah lah jugak, mungkin lagi hingar-bingar dr tu. Memang niat nak cari buku, tapi insya-Allah nak habiskan dulu yang mana yg masih ade. hehe.
Bukunye nipis je. Tak setebal Tautan Hati. Btw, Tautan Hati saya tak baca lagi. Pernah pinjam dr sahabat (org yg sama), tapi tak sempat mula pun sebab pd masa yg sama, pinjam Ayat-ayat Cinta. Buku Ayat-ayat Cinta diutamakan dulu mungkin sebab dah lama dah nak baca. Tgk2 dah habis cuti semester hari tu.
Berkisarkan kehidupan Qaniah dan kehidupannya sebagai seorang wanita. Sebagai pelajar juga. Seorang yang dikenali dgn kepatuhannya terhadap ajaran Islam demi menjadi seorang muslimah sejati. Dan mungkin juga antara penyebab menjadi igauan beberapa org lelaki. Qaniah telah melalui pelbagai dugaan termasuklah menerima kiriman surat dan sms menyatakan hasrat mereka yang menyukai Qaniah. Namun, Qaniah ternyata tidak suka denga cara-cara itu. Antara yg menarik dia berkata bahawa tak sangka walaupun lelaki yang mempunyai reputasi yang tinggi, akhlak yang baik dan juga ada yang tahap pengetahuan agamanya sangat mengagumkan, namun tetap jatuh ke dalam jurang cinta yang palsu. Ke mana perginya para pemuda yang berikrar mahu menjadi mujahidin di sisi Allah?! (Kata Qaniah, bukan saya ye. not the exact same words. lebih kurang la. tetapi tetap tiada unsur putar belit atau tukar mksd ayat asal. :))
Satu demi satu dia hadapi dengan berjaya. Ternyata Allah membalas kesabarannya dalam mencari cinta sejati yang berlandaskan kasih Allah. Akhirnya, dia berkahwin dengan Dr. Muslih mengikut cara dan prosedur yang memang diidamkan Qaniah. Tak berjumpa dan tak berkomunikasi sepanjang tempoh pertunangan. Ternyata Dr. Muslihlah pilihan hatinya.
Dalam novel ni juga, terdapat tips baik untuk lelaki dan wanita khususnya remaja (golongan yang memang dititikberatkan di zaman ini). Untuk yang sudah berumah tangga pun ada.
Bagi saya, novel ini amatlah bagus untuk remaja kerana di saat inilah ramai yang bergelut dengan pelbagai perkara termasuklah soal cinta.
Ramai yang masih belum faham hakikat 'couple' itu salah. Walaupun byk langkah yang telah diambil (cth di cfsiium, pelbagai kempen telah diadakn. kalau tak perasan juga, cuba lah bila duduk makan kat cafe jejantas tu, tgk2 lah apa yang dah dilekatkan kat meja2). Jika kita boleh bersabar seperti Qaniah, sudah tentu kita akan berpuas hati tahap maksimum bila masa depan nanti. Insya-Allah. Tetapi jgnlah ada sesi kutuk-mengutuk pula tentang mereka yang ber'couple'. Bukan apa, kita tak tahu, mereka boleh sedar dan bertaubat bila-bila masa sahaja. Semua ni antara mereka dan Allah. Apa yang kita boleh buat, bagi yang dekat nasihatilah. Kalau tak dapat pun, berdoalah. Nak ckp soal ni, alamatnya kena post blog lain.
Akhir kata, buku ini memang sesuai untuk SEMUA.
Yang sudah mengerti, Alhamdulillah..
Yang masih mencari, teruskan..
Yang masih tak tahu apa2, cuba dan kenalilah..
Walau siapa pun kita, Allah telah sediakan masa dan kesempatan untuk kita mencari. Ambillah peluang itu. Try because you have nothing to lose.
Wassalam.
rmai org kta best bku ni amal..
ReplyDeletedyna pny nvl tu x buka2 lgk..
sbuk sgt la short sem ni..aish~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyana beli novel ape yeh?
ReplyDeletethe outcast tu...ngn emma..
ReplyDeleteyg zmn ble tu bli tu..
nk cri nvl laen lak..haha
I'll try to be better :) Got advice ?
ReplyDeleteAny advice that I will give you might sound too conservative and old-fashioned. hehe.
ReplyDeleteI'm not that good when it comes to giving advice. I make mistakes too. Lots of them.
What can I say is that...
Maybe persekitaran hidup kita yang berbeza membuatkan kita faham sesuatu benda tu lain dr org lain. Hakikatnya, memang ambil masa utk kite adapt dgn sesuatu keadaan & sesuatu pemikiran. and sudah tentu tak boleh dipaksa utk terima satu2 benda ni. Tak mudah nak bagi advice kat org2 yg kita sgt2 syg. It's the hardest actually. I'm still learning. Insya-Allah, we'll talk about this more later yeah. I will but not now.:)
xoxo