Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Saya tak tahu kenapa tiba-tiba rasa sebak baca potongan ayat ni di website Hilal Asyraf. Tiba-tiba je. Dan terus buat keputusan utk post blog ni.
Sekian lama Al-Qur'an itu diturunkan...namun tak selalu kita ingatkan diri kita yg Al-Qur'an tu surat cinta yang AGUNG dr Allah. Surat cinta yang sedia menemani kita. Mane nak cari kekasih yang constantly menemani kita dgn surat cinta mcm ni. Dan sesungguhnya solat itu perlu kita anggap sbg date istimewa kita dgn Allah. Sentiasa tepat dan awal pada waktunya dan sentiasa juga berusaha utk impress Dia agar setiap rukun yg dilakukan diterimaNya.
Kita sibuk sgt kalau tidak diterima manusia dan org sekeliling. Tapi jarang pula kita nak sibuk utk fikir sama ada Allah nak terima kita atau tidak. Kalau soal temu janji dgn org dan sbgnya, kita tak sanggup nak biar dia tunggu lama-lama, apa-apa pun mesti kena cepat, sebab takut dia terasa. Tapi kita sanggup biar Allah tunggu taubat dan penyesalan kita. Apa kena kita ni?
Saya mengaku saya pernah rasa kosong, rasa sgt helpless. Masa tu, saya kurang sedar yang sesungguhnya sentiasa ada satu kuasa hebat yg lebih dekat dari urat nadi saya. Namun, semua itu dah berlalu. Tapi ia tetap jadi kenangan bhw saya pernah melaluinya. I would always take them as a guide because at least I know what it's like to be 'there'. Utk memahami sesuatu perkara dan mengubahnya menjadi suatu yg lebih baik, kita perlu meletakkan diri kita di tempat itu dan tidak hanya mengagak shj.
Sesungguhnya Allah itu sgt dekat.. sgt dekat.. Kalau kita tahu dan hayati bahawa Allah, Pencipta Yg Maha Agung itu adalah sgt dekat dan mengetahui segala isi hati kita yang org lain tak berupaya nak tahu, saya yakin antum semua akan faham apa yg saya rasa sekarang.
Usahlah resah andai tidak diterima mereka yg bernama manusia..
Tapi MENANGISLAH andai tidak diterima oleh Allah, Pencipta yang tak henti-henti menyayangi kita..

No comments:
Post a Comment