Salam.
Apabila masuk semester baru ni, tahap kepenatan makin memuncak. Sehingga sampai stres, emosi tak tentu pasal. Bahaya. Bahaya apabila ia turut terkesan pd org sekeliling. Org yg kita sayang.
Pelajaran yg kadang-kala tak terurus. Diri seolah-olah masih lagi bertatih utk belajar menguruskan diri, masa dan lain-lain.
Kerja ada sahaja yg tertangguh. Dan saya belajar satu perkara.
Andai di satu saat itu kita tangguhkan satu perkara, maka di saat itu jugalah kita telah menjadi seorang yg rugi.
Nampak simple.. Nampak macam "sepatutnya dah lama dah tahu ni".
Tapi itulah saya, dan saya yang bernama manusia..kadang-kala mengambil mudah setiap perkara. Rugi.. rugi..
Namun, saya rasa apa jua sekalipun masalah tu, perlu sy bangkit! Bangkit dari kesenangan yang melampau. Bangkit dari keletihan. Bangkit dari kegelisahan. Bangkit dan tinggalkan segala benda-benda remeh yg menghalang. Sy perlu sedar bhw anything is possible. Manusia punya kebolehan utk merubah andai dia mahu. Dan seterusnya bertawakal dan berdoa secara terus-terusan kpd Allah agar dpt istiqamah dgn perubahan yg dilakukan.
Harap agar apa yg saya nyatakan di atas tidak akan menjadi sekadar hanya sebuah entri blog.
Doakan saya. :)
jom amal.
ReplyDeleteaja aja fighting!
jom jom!!
ReplyDelete:))