Pages

Thursday, March 18, 2010

Bersangka Baiklah..

Tiada yang lain melainkan Dia. Dia sahaja. Maka bersangka baiklah..

Salam

Setiap orang ada naik turunnya. Tak selalu di atas. Dan tak selalunya di bawah. Bagi mereka yang terasa mereka asyik selalu di bawah sahaja, sabarlah, Allah itu Maha Adil, takkan dibiarkan hambaNya sedih sepanjang masa.

Tapi kita juga perlu tahu, tika Allah meletakkan kita di bawah, Dia bukannya tak sayangkan kita. Sesungguhnya Dia mahu didik kita. Didikan Allah itu mahal. Bertuah kalau siapa yang dapat. Tapi saya kira, setiap seorang daripada kita sekarang ini dikira bertuah. Tiada yang rugi kalau kita tahu yang Allah, ketika ini, saat ini, sedang menyayangi kita. Bukan saat ini sahaja, bahkan setiap masa. Bergantung pada kita sahaja bagaimana hendak menghayati.

Kerna, kalau Dia tak sayang kita, takkan Dia akan kurniakan nyawa, dan udara untuk kita hidup. Hidup, satu nikmat terbesar bagi manusia. Nikmat jika tahu manfaatkan sebaik mungkin.

Bila kita diuji, saya anggap itu satu didikan dari Allah. Sebab bila kita rasa sedih kerana berada di bawah, kita akan terus kembali ingat pada Pencipta kita. Ingat kembali kenapa kita diuji sebegini rupa. Namun, harus kita ingatkan diri kita, inilah bermulanya saat di mana kita diberi peluang untuk muhasabah balik. Mungkin ada perkara-perkara tidak betul yang pernah kita lakukan sebelum ini. Dan ini cara Allah menegur kita. Teguran Allah tak pernah sia-sia. Sentiada ada hikmah. Tidak akan Dia uji kita tanpa sebab.

Kalau kita lihat lagi, peluang untuk kita muhasabah balik ini pun dikira nikmat besar dari Allah. Allah masih lagi beri peluang untuk kita perbetulkan balik mana yang salah. Bayangkan kalau peluang ini tidak diberikan, belum sempat untuk kita perbetulkan atau bertaubat, nyawa kita pula ditarik. Na'uzubillah.

Ada yang mengeluh.. "Kenapa Kau buat begini Ya Allah?".

Bersangka baiklah pada Dia. Tidak rasa bertuahkah kita dengan Dia menyayangi kita sepanjang hidup, sepanjang hari? Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, bermakna kasih sayangNya itu sangat luas. Luas dari yang kita boleh bayangkan.

Bersangka baiklah.

4 comments:

  1. Ya Allah kak..
    fatin pena rase yg Allah tak syg fatin..
    ble kte face mslh yg tsgat besa..huhu..
    rse mcm da ta boleh bgun da kak..

    tp skrg tidak..huhu..
    fatin sllu rasa Allah dekat ngan fatin..

    ReplyDelete
  2. Sebesar mana sekalipun mslh itu, semuanya Allah nak tegur, didik, ingatkn kita.

    Allah sangat dekat dgn kita, lebih dekat dr yg kita tahu.
    Bersangka baik sentiasa dgn Dia ye dik..
    :)

    ReplyDelete
  3. thank you amal. sbb dyna rsa sgt susah skrg. thx amal.

    ReplyDelete
  4. sama2..
    Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui..
    Mengadulah pada Dia..

    ReplyDelete