Pages

Saturday, August 7, 2010

Masih Layakkah Aku?

"Masih Layakkah Aku?"

Persoalan yang saya utarakan dalam kepala bila mengenangkan yang Ramadhan akan hadir dalam 3 hari sahaja lagi. 3 hari sahaja lagi. Tapi, adakah saya akan masih diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan itu?

Tiba-tiba rasa sayu..

Mengenangkan bagaimana saya "melayan" Ramadhan yang lalu. Rasa tidak cukup. 

Saya juga pernah mengutarakan soalan "Sampaikah aku pada hari-hari itu?"

Dan ada seorang sahabat menjawab, "Bukan soal sampaikah kita pada hari-hari itu. Tapi soalnya, bagaimana kita hendak menghadapi hari-hari itu. Bersedia atau tidak? Dan sebagainya"

Ada kebenaran di situ. Dan saya rasa kenyataan sahabat saya itu boleh diaplikasikan pada perkara-perkara lain juga kan? 

Di sini saya berharap untuk berkongsi tentang persiapan Ramadhan. Sebelum itu memetik info yang dapat dari website http://blog.iloveallaah.com

The Sahaba RadhiAllahu Anhum used to prepare for Ramadan months before it dawned upon them as they believed it would be injustice and bad manners if they did not. The Sahaba would prepare for Ramadan six months in advance. We are also following their beautiful manner which is by default emulating the prophetic way at least a month before Ramadan begins.

Sampai begitu sekali persediaan para sahabat. 6 months in advance! Contohilah mereka. Siapa lagi kita patut contohi.. Bukankah sahabat-sahabat Rasul kita jualah contoh yang baik dan patut diikuti selain dari Rasulullah sendiri.
  1. Mempersiapkan diri dengan fiqh dan panduan ibadah
    -Mengetahui syarat-syarat puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa. Walaupun sudah belajar masa sekolah dulu, apa salahnya kita kaji semula dan bertanya. Sebab kita ni kadang-kadang lupa. 
    "Dan kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui" (An-Nahl : 43) 
    Jika tidak tahu, tanya. Ambil tahu. Jangan biarkan amalan kita itu sia-sia sahaja. Seperti ambil exam tapi tidak tahu apa untuk dilakukan untuk exam itu. Rugi bukan?
    Kepentingan persiapan ini adalah untuk kita sendiri juga. Dan juga untuk orang lain. "Orang lain" bermaksud apabila ada orang lain yang bertanya pada kita tentang apa-apa yang berkaitan dengan Ramadhan.

  2. Mempersiapkan diri dengan keperluan fizikal
    -Pada bulan Ramadhan, sepatutnya lebih produktif. Tapi kita sering berlemah. Perasan atau tidak, kita cenderung untuk mengurangkan bebanan perkara yang kita selalu buat. Contohnya, kita biasa buat soalan atau latih tubi yang banyak pada bulan-bulan lain. Tapi, bila tiba bulan Ramadhan, kita mengurangkan kadar latihan itu, atas alasan berpuasa. Satu sahaja sebab kepada masalah ini : tak bersedia. 

  3. Mempersiapkan diri dengan persiapan material
    -Persiapan material ini adalah bertujuan untuk bersedekah.
    "Sedekah itu memadam dosa seperti air memadam api" SubhanAllah...

  4. Persiapan jadual aktiviti kehidupan Ramadhan
    -Contoh, mengemas rumah (untuk Aidil Fitri) seawal yang boleh supaya tak mengganggu aktiviti-aktiviti yang sepatutnya dilakukan pada akhir-akhir Ramadhan. Sepatutnya graf amalan kita meningkat apabila menuju ke akhir Ramadhan. Ini tidak, semakin menurun. Sedangkan pada akhir Ramadhanlah kita patut meningkatkan prestasi amalan kerana Allah telah menjanjikan Lailatul Qadr bagi yang mencari. :)

  5. Bersedia dengan mutabaah amal
    -Mungkin ada yang mempunyai target-target tertentu untuk dicapai dalam Ramadhan ini. Mungkin ada yang berhajat untuk khatam Al-Qur'an pada bulan Ramadhan ini. Ha, ada satu tips bagi yang berhajat untuk khatam Qur'an. Dapat dari iloveallah.com

    Method: Read 4 pages of the Qur’an after every Salah. Make sure you understand it. 
    5 prayers X 4 pages = 20 pages. 20 pages= about 1 juz. 1 juz X 30= the entire Qur’an. 
    MAKE SURE YOU UNDERSTAND IT. 


    InsyaAllah, jika Allah masih lagi kurniakan kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan, dan jika diberi peluang untuk bertemu Ramadhan walaupun hanya sehari, semoga sehari itu adalah yang hari yang paling terbaik bagi kita. 




No comments:

Post a Comment