Pages

Friday, December 24, 2010

Sekelip Mata

Pernahkah kita terbayang jikalau semua yang kita miliki ini diambil pergi oleh Allah dalam sekelip mata?

Ya, sekelip mata.

Disaat-saat kita langsung tidak menyangka ia akan berlaku.

Ketahuilah sahabat, jika Allah mahu memberi ujianNya, tak semestinya Dia akan memilih saat dimana kita memang sedang bersedia untuk menerima musibah.

Tapi jika difikirkan balik, wujudkah waktu dimana kita betul-betul bersedia utk menerima musibah?

"Sekarang, aku sedang bersedia. Kalau Allah nak uji pun, ujilah. Aku sudah bersedia. Aku mesti dapat menanggung beban itu!" 


Wujudkah sebegini?


Jadi, bersedialah untuk menerima apa-apa sekalipun, di bila-bila waktu. Tetapkan pergantungan yang penuh kpd Allah. Yang Memberi Kekuatan. Dia yang menghidupkan dan menjadikan kita, sudah tentu Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Diibaratkan, analogi pembuat kipas. Orang yang membuat kipas sudah tentu tahu sifat-sifat kipas itu sendiri. Jika berlaku kerosakan, hanya dia sahaja yang tahu cara untuk membaikinya, sekiranya orang lain tidak tahu. Dialah tempat untuk dirujuk. Kerana dialah yang pertama membuat kipas itu. 

Pergantungan total. Itu paling penting.

Sama-sama kita berdoa agar terus diberi kekuatan. 

Dan berdoa supaya sentiasa menjadi hamba yang selalu beringat.


~peringatan untuk diri sendiri yg sentiasa lalai...

2 comments:

  1. Oleh sebab itu, dalam al-mathurat, antara doanya adalah

    "ya Allah, jgn Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu."

    Adalagi masa yg lebih singkat dari sekelip mata dan kita mohon Allah tidak membiarkan kita.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan.

    Ameen...

    ReplyDelete