Dalam setiap hati manusia, saya pasti terdapat sekelumit rasa untuk kembali pada sesuatu. Kembali kepada sesuatu yang tak mungkin akan mengecewakan. Sesuatu yang tak akan memberi janji-janji kosong. Sesuatu yang kekal, sentiasa ada.
Sebab kenapa kita perlu kepada yang kekal dan sentiasa ada itu adalah kerana, kita ini kadangkala akan sampai satu tahap di mana kelemahan akan muncul dan membantutkan diri. Tiada cara lain untuk kita mengumpul kekuatan melainkan bergantung kepada Yang Memberi Kekuatan itu sendiri iaitu ALLAH SWT.
Lalu, perjalanan untuk mencari pula bermula. Bermula dengan rasa kerdil dan hina, apabila sering membandingkan diri dengan orang lain. Apabila perbandingan dibuat, kita menilai dari segi ilmu, pakaian dan perkara-perkara lain. Muncul pula bunyi-bunyi yang memaksa kita untuk berhenti kerana rasa tidak layak untuk menjadi seperti mereka yang dibandingkan.
Secara jujurnya, perbandingan yang bermain-main di benak kita itu tidak akan berhenti sampai bila-bila.
Dan secara jujurnya, bukalah hati dengan apa cara sekalipun, kerana kita takkan tahu apa yang bakal menanti di hadapan.
Teruskan bergerak dan bergerak. Tanpa ragu...
No comments:
Post a Comment