Dulu, ada sorang mamat ni, die bedal je nak try sume sebab die rasa hidup ni hanya sekali. Rugi kot kalau tak cuba. Hidupnya buat itu dan ini demi mencapai rasa high yang diinginkan. Ibarat ke kiri, ke kanan, ke bawah, atas, senget ke kanan sikit, ke kiri sikit. Hmpir semua sisi hidup pernah die cuba. Tapi last2 still same. Bila difikirkan balik, tak jumpe pun motif utama die buat benda tu sume. Tgk2 rasa best hasil dr buat semua tu akan lenyap. Dan bila lenyap tulah yg buatkn die cari benda baru utk kononnya sambung rs best tu.
Sehinggalah datang seorang bro ni yang bertanyakan tntg matlamat hidup dia. Soalan bkn sebarang soalan. Bukan soalan pasal matlamat besar nnt nak jadi apa.
Akhirnya, bro tu pun tolong die. Katenye, ada 3 soalan kita patut ty diri kita. Satu, dari mana kita datang? Kedua, knp kita ada kat sini? Dan ketiga, kemana kita akan pergi.
Ha, bila kite dah tanye n jwb soalan ni, insyaAllah hidup kita takkan hanya ibarat berlari-lari dlm bulatan. Buat benda yg sama. InsyaAllah jugak lebih bermakna.
Dari mana kita dtg : dari Allah. Allah yg jadikan kita.
Kenapa kita kat sini : kita diciptakan utk beribadah kpd Allah. Az-Zariyat :56. dan ibadah tu bukannya bmaksud duduk atas tikar sejadah, duduk kat masjid, mulut berzikir sahaja, spt yg ramai org faham. Tp beribadah tu mksdnye, apa shj perbuatan yg dilakukan krn Allah SWT. Antara cara kita boleh check sama ada sgla yg kita buat krn Allah atau tdk (kecil dan besar), adlh spt contoh berikut. Joging pun boleh jadi ibadah, sbb kita niatkan krn Allah dan sbg tanda kita mensyukuri nikmat Allah dgn menjaga anggota badan kita sebaik mungkin. Oh, jgn lupa, apa yg kita pakai uk joging pun kena cek jugak. Adakah kita pakai baju tu krn Allah? Ikut apa yg Allah perintahkan? :) Cuba kita cek pula perkara2 lain kita biasa buat. Tgk wayang ke, pegi konsert ke, tgk cite korea, bc buku , tulis blog.
Kemana kita akan pergi : akhirat yg abadi. Menemui Allah yg mencipta kita.
Kalau kita lihat pd ketiga2 jwpn, semuanya ada mnybut nama Allah.
Wahai sahabt, itulah matlamat kita sbnrnya....Allah.
Apakah yg akan kita bw utk bjumpe dgn die nanti? Adakah tiket konsert yg akan kita pamerkan pada Dia nanti? Adakah kita akan bw isi percakapan kita yg tak tahu berapa byk manfaatnya di hdpn Dia?
Mulalah utk mncari jln utk kembali. Al-Qur'an yg berada di rak atas plg tggi yg berselimutkan debu itu masih ada untuk kita buka dan baca. Kawan2 sentiasa ada utk mbantu. Kalau nak bc buku, byk buku yg ada jual di kedai buku. Byk sungguh sumber yg Allah sediakan supaya kita dpt cari jln utk kembali kepadaNya. Cuma kita sahaja yg taknak ambil.
Pernah ada seorang ustaz ni ckp, setiap hari kita minta dr Allah agar ditunjukkan jalan yg lurus, dlm solat semasa membaca Al-Fatihah. Tp bila Allah hadirkan perkara baik utk kita, kita biarkan je atas alasan aku bukan budak baik, byk dosa, tak layak, byk mase lagi. Dan bila kita susah kita kata Allah tak sayang kita. Allah Maha Penyayang, jadi Dia nak bagi sebanyak-banyaknya pd kita. Dan Dia tak akan rugi walau sedikit pun.
Jadikanlah Allah sbg matlamat. Oleh itu, bila kita dah jelas matlamat dan objektif kite apa, kita akan lalui apa2 jalan sekalipun dgn usaha yang terbaik. Susah atau senang, kita sanggup, sbb kita nak sampai jugak ke destinasi tu. Destinasi yang takkan mengecewakan. Destinasi utk jumpa yang Paling Kita Sayang.
p/s: refresh, remind
Allah ghayatuna :)
ReplyDelete^_^
ReplyDelete