Pages

Friday, June 26, 2009

Akan Saya Lalui


Salam.

Ada beberapa perkara dlm hidup yg tak pernah diminta walau sedetik pun. Namun, Tuhan punya kuasa Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk hambaNya. Maka perlulah seseorang hamba itu redha dgn setiap 'jalan' dan 'juadah' yang telah disediakan. Andai 'juadah' itu sedikit pun tidak mahu dijamah akibat dari rasa sombong dan bangga diri, apatah lagi 'juadah' itu disyukuri, tidakkah kecil hati pihak yang pemberi?

Sekarang, sama ada saya punya tanggungjawab baru yang perlu dipikul atau tidak, kehidupan sebagai pelajar sememangnya sibuk. Tak sibuk pun, perlu sibukkan diri. Supaya tak terleka dgn benda-benda yang tak berfaedah dan perkara yang tak sepatutnya saya fikirkan lagi selagi saya masih bergelar pelajar.

Namun, sibukkan diri sebagai hamba Allah tetap berjalan 24 jam tanpa henti. Satu sebab mudah hanyalah kerana : Allah bersama kita sepanjang masa. Apa yang diberi dan dikurniakan harus dibalas dgn lebih baik. Dan tidak ada satu sebab pun utk saya tidak meluangkan masa bersama kekasih saya. Bak kata Nurul Nazwa, "Cinta Allah tiada kecewa". Sebab itulah saya sentiasa memilih Dia.



No comments:

Post a Comment