Setelah selesai tazkirah yg saya sampaikan dlm meeting tempoh hari, saya sgt risau andai apa yg disampaikan tidak sampai kepada ahli keluarga. Saya risau dengan nada saya yg agak slumber dan straight-forward mengurangkan efektifnya. Risau sgt.
Itu satu. Byk lagi yg sy risaukan. Keputusan mid-sem yg bakal tiba nanti. Miss Najwa kata "Kalau fail, duduklah awak kat luar tu salin nota. Tu hukuman paling tak kejam yg boleh sy fikirkan". Takut betul dgr.
"Ya Allah, aku mohon padaMu, berkatilah segala usahaku dan sahabat2ku.
Kurniakanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat."
Kita kata kita kuat. Tapi ada juga masa kita menangis keseorangan. Kita kata kita tabah. Tapi kita mengeluh juga kadang-kadang. Sometimes, rasa sgt kesal andai sesaat melupakan Allah. Ruginya! Sebab Allah tak pernah lupakan kita. DiperhatikanNya kita setiap masa.
"Ya Allah, janganlah kau biarkanku sendirian. Janganlah kau biarkan diriku sedihnya sendirian. Sesungguhnya, Kau lah satu-satunya tempat ku mengadu, berharap dan bergantung. Tiada yang lain"
Bilalah giliran kita pula yang pergi. Mungkin selepas menulis post ini. Mungkin. Bila-bila sahaja mungkin. Sejak akhir2 ni, byk benar sy terima mesej dari shbt2 perjuangan berkenaan yg sudah kembali ke Rahmatullah. Sayu, sangat sayu walaupun kita tak pernah jumpa pun mereka. Dan sayu juga sebab mereka dipilih terlebih awal berbanding kita utk bersamaNya. Alangkah bertuahnya mereka.
Terimalah setiap perkara (sesukar mana sekalipun) dengan redha. Bukan redha yg biasa2 shj tapi redha yg sebenar2nya. Ini dpt membuktikan sejauh mana kita dpt terima keputusan Pencipta kita. Siapalah kita utk menentangNya. Yakin dgn sebenar-benarnya yg Allah akan membantu kita menghadapi apa sahaja. Jgn sekejap yakin sekejap tak yakin. Kerana bila kita yakin, kepuasannya dapat kita rasai bila memperoleh keputusan dari usaha yg telah kita lakukan semasa menghadapi ujian2 tersebut. Percayalah.
"Ya Allah, aku tidak tahu dimanakah kedudukanku disisiMu Ya Allah.
Namun aku tidak akan putus asa dari rahmatMu. Rahmat kasih dan sayangMu yang Allah.
Kasihilah aku Ya Rahman. Kasihilah aku Ya Rahim"
yes syg, betul tu. kte kene yakin Allah sentiasa ada utk tlg kte when others are not willing to. faith, that's the hardest and easiest gift to preserve and also ruin
ReplyDeleteyes dear hanna.
ReplyDeletealangkah bagusnya jika sume fikir mcm ni setiap masa. saat usah dan senang. at both times.
sesungguhnya, manusia mmg lemah. tp byk kesempatan diberi utk kita baiki apa sahaja. apa sahaja...
Subhanallah, Tuhan Maha Pemurah