Pages

Sunday, November 29, 2009

Benarkah Sabar Ada Hadnya?

Salam

Saya suka sentuh soal sabar. Entah kenapa, ini memang isu favourite.

Ternyata kesabaran tu memang susah nak capai. Apatah lagi nak konsisten dgn sabar. Apabila dibincangkan isu ni ada satu masa tu, saya katakan, byk masalah yang sebesar mana pun boleh kita hadapi dgn satu penyelesaian, yakni, sabar.

Ada juga satu pengalaman yg saya hadapi tempoh hari. Dan mungkin kebanyakan orang juga akan berpendapat situasinya memang agak tak logik di akal jika hendak sabar. Apa situasinya? Agak rumit utk diceritakan di sini. Tapi saya yakin, itulah akan menjadi pendapat kebanyakan orang. Tapi apabila Allah sudah berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah :153)

Apabila Allah sudah berfirman, maka siapakah kita utk mempersoalkan janji Dia? Janji bahawa yang Dia akan bersama orang-orang yang sabar.

Apabila situasi itu berlaku, ada yg kata "Sabar pun sabar jugak. Bertempat jugak. Tak semua benda boleh sabar."

Tapi saya tetap dgn pendirian saya berpandukan ayat Allah di atas. Apa yang rugi kalau sabar?
Mcm saya selalu ckp, you have nothing to lose. Especially when it comes to doing good. Sekecil mana pun perkara baik itu. Tak kisah orang nampak atau tidak. Bagi saya, org tak nampak lagi bagus. Biar ia menjadi sesuatu antara kita dgn Allah. Satu rahsia kita dgnNya. Tak ke best mcm tu? :) Yang Maha Tahu Segalanya adalah satu-satunya yang tahu rahsia kita. Indah..sangat indah.

Satu shj dlm hidup ni, bila kita tahu satu perkara itu betul, lebih-lebih lagi kita tahu perkara itu memang Allah suka walaupun orang sekeliling kata kita pelik melakukan perkara itu.. maka biarkan sahaja. Pandangan siapa yang lebih penting? Allah atau mereka?

I've come across this one quote. But I'm not sure from who it is. But certainly from someone famous.. "I don't care what other people think. All I care is His".

Apa yang hendak diperkatakan disini ialah apabila kita hanya ambil kisah pandangan Allah, secara automatik kita akan berusaha melakukan perkara-perkara yang Allah suka. Dan perkara-perkara yang Allah suka tu termasuklah berbuat baik terhadap orang lain. Berbuat baik termasuk pula menghormati pendapat org lain.

Ingin juga ditegaskan, bukan bermakna jika hanya mengambil pandangan Allah, maka kita tidak akan memikirkan perasaan orang lain...sedangkan Allah menyuruh kita berbuat baik sesama manusia.

Tujuan saya tegaskan adalah kerana mungkin ada yang berpendapat jika hanya mengambil kisah pandangan Allah, maka dia akan hanya mementingkan kepentingan ukhrawi dan mengabaikan kepentingan duniawi. Sbg contoh, mungkin dia akan hanya menyendiri sepanjang masa dgn beribadat tanpa bercampur dgn masyarakat sekeliling ataupun mungkin tidak kisah hal kebajikan orang lain. Bukankah Allah menyuruh kita supaya seimbang diantara dua perkara ini?

Berbalik kepada isu sabar tadi, kepada yang menyindir pendirian anda.. Ingat! Sekejam mana pun mereka terhadap anda, jgnlah pula anda menjauhkan diri atau menyisihkan mereka. Mereka mungkin hanya keliru. Bear in mind that : mereka hanya keliru dan mungkin tak tahu. Oleh itu, bimbinglah mereka sedikit demi sedikit agar mereka sedikit demi sedikit tahu.

Personally, apabila saya berhadapan dgn situasi yang saya tak dapat utk memberi kefahaman kpd org lain tentang situasi saya dan prinsip saya, saya hanya akan diam, sabar dan letak di fikiran bahawa mereka hanya keliru. Itu sahaja. Susah kita nak fahamkan org. Begitulah juga sukarnya dakwah. Dakwah bukannya sesuatu yang mudah. It's not something that you are able to do overnight.

Ketahuilah jalan kebenaran itu tak akan selamanya sunyi. Tak akan selamanya sunyi dari diganggu oleh mereka-mereka yang menghalang, yakni syaitan yang akan sentiasa menghalang anak Adam dari berbuat baik walaupun sedikit.

Dan ketahuilah Allah akan membuka hati sesiapa pun yang Dia mahu. dan Dia mempunyai kuasa utk memberi kefahaman kpd sesiapa pun.

Katakanlah : "Sabar, (nama anda), sabar. Allah itu bersama orang-orang yang sabar." :)

Wallahu'alam.

2 comments: