Pages

Friday, January 15, 2010

Punya Sebab

Salam..

Semua perkara yang kita lakukan punya sebab. Punya tujuan. Sama jugalah, manusia diciptakan pun punya sebab. Telah dinyatakan..

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah : 30)

Dan tujuan kita diciptakan adalah utk mengabdikan diri kepada Pencipta kita, tiada yg lain. Kita tidak diciptakan atas sebab yg sia-sia. Kita tidak diciptakan utk seronok-seronok semata. Tapi, kalau kita lihat apa yg kita buat sehari-harian, bukankah byk benda yg kita telah buat adalah yg lalai?

Saya tahu kita lemah. Tapi kita punya pilihan. Manusia punya akal. Berkebolehan utk memilih mana yg baik dan buruk. Maka apa yg telah kita pilih?

Sy mengaku, sy juga sering lalai. Lupa. Dan sy punya cara utk kurangkan perkara yg lalai iaitu dengan menyibukkan diri. Maksudnya, bkn menyibuk hal org lain. Tapi menyibukkan diri dgn aktiviti. Alhamdulillah, di sini, aktif dgn persatuan. Apabila sy lihat diri sy sibuk dgn satu pekerjaan dan juga pelajaran, perkara-perkara tak penting jadi hilang sekejap. Sehinggakan bila sy sudah selesai dgn satu pekerjaan tu, sy baru sedar yg dah lama sy tak fikirkan perkara tu.

Sy tak suka berhadapan dgn isu perasaan. Isu yg membuat sy terfikir-fikir yg kemudiannya sy takut ia akan bawa pd kerosakan hati. Org kata teringat-ingat tu lumrah lah. Maka sy pilih, jika sy teringat-ingat, maka akan berhenti di situ shj. Sy muda lagi, tidak mahu jiwa remaja yg berkobar-kobar nak membantu masyarakat ini diganggu oleh perkara-perkara yg berkaitan dgn perasaan.

Betullah kata org (lagi), bila nak buat sesuatu perkara yg baik, maka datanglah bergolek-golek masalah. Jalan kebenaran takkan selamanya sunyi. Akan sentiasa ada halangan. Halangan tu pula bermacam-macam. Sesungguhnya, Allah nak uji sejauh mana kita teguh dgn usaha kita tu. Optimis lah jln penyelesainnya. Optimis bhw kita dpt melalui ujian Allah itu sebaik mungkin. Optimis bhw ganjarannya hebat di akhir nanti. Seperti sy selalu sebut, "Kerna aku tahu janji Allah itu benar, maka aku sanggup tunggu...aku sanggup sabar."

Terpulanglah tahap kesabarannya bagaimana. Ada org kata sy ni terlalu sabar, terlalu rilek. Sy pun tak tahu nak gelabah mcm mana. Yg sy tahu, kalau sy lagi gelabah, maka sy akan gelabahkan org lain pula. Tak ke kesian org tu.

Oleh itu, jika sy jarang pulang ke rumah, ada sebabnya. Jika sy antara pelajar yg selalu pulang lambat ke rumah kalau masa cuti sdg berlangsung, maka ada sebabnya. Dan jika sy antara yg awal pulang semula ke kampus, maka ada sebabnya. Di sini, sy nmpk diri sy bergerak. Bergerak dgn aktiviti. Kalau di rumah, kurang sikit. Org kata kita perlu praktikkan dkt mana-mana pun. Tp setakat ni, sy masih gagal. Maaf.

Mungkin juga kerana kalau pulang ke rumah, sy fikir ia adalah peluang utk sy 'rehat' sebentar. Peluang utk bersama keluarga. Sbb itu juga, sy jarang jumpa kwn2 lama. Setakat di Facebook atau YM shj. Maaf ye. Kalau pulang ke rumah, sy juga jarang keluar. Keluar hanya bersama keluarga utk makan-makan dan teman beli barang. Selebihnya, duduk di rumah. Di kampus, sy lihat sy telah mengutamakan diri sendiri, pelajran dan sahabat di kampus yg menjadi org-org yg sentiasa disisi. Apa salahnya kalau sy pulang ke rumah, sy lebihkan keluarga sy pula. Siapalah sy tanpa mereka. Sekali lagi sy tekankan, sesungguhnya, semua ini punya sebabnya.

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment