Salam
Ia satu sisi hidup saya yang ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Namun bukanlah niat saya utk hebah-hebahkan kat satu dunia. Tapi sekadar perkongsian. Perkongsian yang membuat saya muhasabah diri saya. (berulang-ulang kali)
Sejak hari tu, sejak perbualan dgn hamba Allah itulah saya asyik berfikir. Nak kata menyesal ada jugak. Tapi tak boleh..tak boleh nak menyesal. Saya sudah sejauh ini, takkan nak u-turn pula.
Bila asyik2 dok terfikir je. Saya mula terigt. Masa saya pergi exhibition Jom Masuk U mase tgh cuti SPM dulu, ada terambil pamphlet dari UIA. Pamphlet tu lawa, panjang, diperbuat drpd kertas yg keras dan warna hijau. *igt lagi*. Dan penerangannya sgt jelas. Dan saya ternampak gmbr seorang kakak yang sedang melukis. Saya terus kagum. Saya pernah terikir, "Kalau tak reti boleh belajar."
Siapakah gerangan kakak itu dan course apakah yg sedang dia ambil? Jawapannya ialah Architecture & Environmental Design (AED). Fuhh, susah sebenarnya tangan nak taip nama course ni.
Berbalik pada perbualan sy dgn seorang hamba Allah tu. Saya dah lama perhatikan course yg die ambil tu iaitu AED. Apa lagi, saya pun tanye la. Sbb sebelum ni saya tak ramai kawan yang ambil course tu. Yang ade pun, jarang jumpa sbb mereka sgt sibuk. Disebabkan hamba Allah ni tak berapa sibuk semester ni, saya pun tanye la.
"Kalau tak pandai melukis, boleh ambil AED tak?" (saya tanya dgn nada main-main dan tak mengharapkan jawapan yg serius tetapi mengharapkan satu gelak tawa ke, ape ke)
"Boleh."
Saya tak tahu kenapa saya sgt tersentak masa die jwb tu. Saya pula setting mind bahawa yg msk AED sume yang pandai melukis. Bermula di saat itulah, saya asyik terfikir dan mengenang. Dalam saya berbual-bual pun, saya masih lagi sempat terfikir.
Ya, satu lagi. Memang satu kenyataan yang saya tak pandai melukis. Ye saya mengaku. Lukis kucing mcm lukis bunga dan lukis bunga mcm lukis kucing.
Dan sebab saya meminati course ni bkn disebabkan oleh sebab yg bernama manusia. Tapi seikhlasnya, saya memang meminati seni. Full stop.
Dan sebab saya meminati course ni bkn disebabkan oleh sebab yg bernama manusia. Tapi seikhlasnya, saya memang meminati seni. Full stop.
Ada juga seorang sahabat yang sedang ambil AED sekarang pada asalnya nak ambil Medic walaupun sudah berusaha utk tukar course. Tapi dia still berada dlm course AED. Lihat, tak semua org sdg berada pd jalan yang pada mulanya bukan pilihan dia. Tapi apabila dia terima apa yang Allah sediakan, pasti ada hikmahnya. Mungkin ini yang patut saya igtkan pada diri saya sendiri.
Sekali lagi saya diduga tentang pilihan saya. Dugaan terbaru, dlm minggu lepas. Saya dapat kwn baru. Dia dari DQ, so dia tahun pertama di CFS tapi umur sama dgn saya. Ta'ruf punye ta'ruf, akhirnya dapat tahu, dia baru tukar course dari Bio Science ke AED. MasyaAllah. Saya pula sedang ambil course Bio Science. Saya rasa sangat diduga masa itu. Mungkin anda tidak faham kenapa saya anggap itu satu dugaan. Tapi jawapannya adalah kerana sedang saya masih lagi terfikir-fikir tentang perbualan dgn hamba Allah yang sebelum ini tu, datang pula 'berita' ni. Saya terfikir, adakah ini petunjuk yang menyarankan agar saya tukar course? Tapi fikir punya fikir, rasanya sudah terlewat utk saya tukar course. Saya pula entah boleh handle atau tidak dgn pressure menjadi seorang pelajar AED. Kalau anda pelajar CFS, anda akan tahu kesibukan pelajar AED. Kawan saya ni kata, pada awalnya ibu bapa dia tak berapa izinkan tapi disebabkan dia tekad atas alasan minat yang sangat mendalam, maka dia teruskan. Lagipun ibu bapa dia bimbang sebab masa di sekolah menengah dulu, dia berada dalam jurusan Sains dan bukan dalam jurusan seni.

Satu persoalan : "Adakah saya menyesal?"
Saya cuba menenangkan diri dengan menyatakan bahawa, "Jangan u-turn. Ada sebab kenapa Allah bawa kamu ke sini. Ada sebab kenapa Allah tentukan kamu berada dalam course yg kamu ambil sekarang."Saya rasa, saya tahu apa sebabnya. :) Mungkin juga sebabnya, saya ni lemah. Lemah dlm aspek-aspek tertentu. Saya juga jenis yang selalu risau andai saya tak mampu nak tanggung tekanan walaupun tekanan tu tak datang atau tak wujud pun lagi. Mungkin sebab itu..mungkin.
Dan saya akhirnya tekad mengambil keputusan bahawa, bidang Sains akan menjadi kerjaya saya (insyaAllah, doakan) dan bidang seni bina dan apa2 yg berkaitan dgn seni akan saya letakkan di sisi yang lain, sisi yang istimewa. Satu sisi yang menjadi my private getaway. InsyaAllah juga, sepanjang saya berjalan di atas bumi Allah ini, dengan apa cara sekalipun, akan saya usaha utk upgrade diri saya, keluarga saya, membantu sahabat-sahabat saya dan ISLAM. Itu yang pasti.

p/s: Saya rindu cuti zaman sekolah yang saya isi dengan berkunjung arts exhibition. Tempat favourite : Central Market. Dan setiap kali pergi, mesti beli satu poskad hitam putih. Murah je, seringgit. :)
oh amal, kalau nak tukar masih belum terlambat. tapi kan bak kata mama dyna, Allah tahu apa yang terbaek utk kita. kalau dah Biosc ni terbaek utk amal, itu lah dia.
ReplyDeleteoh dyna. ble dyna sbot maseh blm tlmbt tu, rs sdh plak tetibe. mcm ade hrpn yg dtg kunjung tiba. huhu.
ReplyDeletetp kan, btol kate mama dyna. plus, kalu x amek biosc, kita berdua tidak akan bertemu mnjd shbt. kn? kn? ;)
Amal rs biosc ini terbaik utk amal. sbb insyaAllah, amal da ade future plans utk course ni.. :)