Pages

Saturday, March 13, 2010

InsyaAllah Kita Jumpa

Mereka yang saya sayang

Salam.

Sahabat-sahabat saya yang sudah lama tak jumpa. Mereka bertebaran di seluruh pelusuk alam kini. InsyaAllah, melebarkan sayap-sayap Islam.

Sahabat-sahabat yang sama-sama susah masa sekolah menengah dulu, yang pernah berjanji tak akan diputuskan silaturrahim yang telah terbina.

Sesungguhnya, saya rindu. Rindu untuk bersama sekali lagi. Saya rasa saya adalah antara orang yang selalu gagal untuk hadir jika ada sebarang reunion dan sebagainya. Ini adalah kerana jadual UIA adalah sedikit berbeza dengan universiti-universiti lain. Orang cuti, dia exam. Tapi tak apa. Lain daripada lain maknanya unik. ;)

Sahabat-sahabat, jangan pernah anggap saya lupakan kalian. Jangan pernah anggap saya sisihkan anda. Kalau dah namanya sahabat, insyaAllah, kalian sentiasa berada dalam doa saya.


Rindu weh..

:)

2 comments:

  1. rindu hanisah!
    semoga hati2 kita sentiasa terikat antara satu sama lain walaupun jauh..

    ReplyDelete