Pages

Friday, June 25, 2010

Bergerak Kerana Apa?

Assalamualaikum..sila delete gambar anda dalam facebook kerana Israel sedang giat scan body perempuan muslimah untuk ditelanjangkan kerana semua pangkalan data facebook adalah hak milik penuh Israel..jalan terbaik adalah boikot facebook dan tutup account facebook..hebahkan untuk selamatkan saudara2 kita..hancur Israel laknatullah.
Baru-baru ini. saya menerima wall post di atas di Facebook.. Mungkin ramai yang terfikir sama ada mahu percaya atau tidak. Tapi bagi saya sendiri, isu percaya atau tidak, tidak patut timbul sama sekali. Sebabnya, nama pun zionis Israel, apa sahaja mereka boleh lakukan demi menegakkan segala bentuk kebatilan dan kejahatan.
Para pakar dalam bidang agama seperti Ustaz Zaharuddin sendiri telah menbincangkan tentang isu meletak  gambar dalam Dosa-dosa & Facebook. Dan saya yakin, ramai yang telah menyebarkan artikel ini. 

Sahabat saya turut mendapat wall post yang sama dan kami ada berbincang sedikit mengenai hal ini. 
Saya berpendapat sama ada benar atau tidak, ternyata memberi kebaikan kalau dilihat dari aspek tersiratnya. Bagus jugalah, kan tak elok ditayang gambar seorang muslimah, tidak kisah lah dalam keadaan apa sekalipun. Sama ada israel sdg giat scan atau tdk, hal ini ingin mengingatkan kita bahawa perintah Allah kpd kita agar memelihara sifat malu tu punya hikmahnya. Islam itu ternyata sesuai sepanjang zaman.  

Ingin ditegaskan, saya tidak punya apa-apa masalah dengan wall post ini kerana memang bagus ada inisiatif seperti ini untuk menggalakkan wanita Muslim agar tidak meletakkan gambar. Tapi dalam kita bergerak untuk mengubah gambar profil, kadang-kadang, kita terlupa kita bergerak itu kerana apa?

Kerana takutkan Israel atau takutkan Allah?

Kerana saya lihat kita hanya bergerak hanya setelah diancam sebegitu oleh Israel. 

Semoga kita dapat renung balik. Kadang-kadang memang benar kita mahu lakukan perubahan. Tapi akibat silap sikit dimana-mana, menjadikan kita tidak berubah secara sepenuhnya.
Perubahan yang ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan membuahkan perubahan-perubahan dan kebaikan-kebaikan lain. Yakni, kebaikan yang hakiki.

Sesungguhnya, renungan untuk diri sendiri juga.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment