Di zaman manusia terasa biasa dengan pergaulan bebas, 'diperhebatkan' lagi dengan adanya Facebook, perkara ni sudah nampak seperti...biasa sahaja.
Kita rasa tak apa jika hanya berkata sepatah dua, meletak smiley2 yang pelbagai. Sdgkn semua itu memberi makna sebenarnya bagi sesiapa yang membaca.
Disaat orang sekeliling rancak berbuat sedemikian, ada pula sesetengah yang cuba untuk kekal teguh supaya tak terpengaruh. Peduli apa kalau dikecam sebagai, "katak bawah tempurung", "kerang busuk" dll. Kerana sekecil-kecil perkara itulah yang akan membuahkan sebesar-besar perkara.
Mungkin ada yang kata, "Ala, takkan la cakap mcm tu pun akan menjebakkan kita kepada perkara yang lebih teruk. Impossible la.. Pandai-pandailah aku kawal."
Syaitan mampu membuat manusia memandang sesuatu perkara buruk sebagai sesuatu perkara baik. Cocok atas, cocok bawah. Dia akan cuba celah dari mana-mana arah pun, malah dari arah yang kita tak sangka.
"Dan boleh jadi kamu tidak menyukai kepada sesuatu perkara, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu"
(Al-Baqarah : 216)
Namun, dalam hidup bermasyarakat, bergaullah dengan seramai orang yang mungkin, berlandaskan tujuan tertentu dan matlamat tertentu. Sebaik-baik matlamat hidup adalah menerajui hidup menuju Allah. Kerana kepada Dia sebaik-baik tempat kembali. Lihatlah semula, kita berkawan dengan seseorang itu hanya kerana kita tidak mahu rasa sunyi atau keseorangan ataupun kita mahu jika kita berkawan dengan dia, maka kita akan lebih mengenali Allah. Apalah erti hidup jika membuat sesuatu perkara tanpa menyertakan Allah dalam hidup kita. Sedangkan Dialah pemberi hidup!
Islam itu datang untuk kita aplikasikan dalam hidup kita dengan menyeluruh. Bukan hanya diaplikasikan di saat kita rasa sesuai dengan nafsu kita, sesuai dengan hanya bahagian-bahagian tertentu dalam hidup kita.
~peringatan ini untuk diri penulis juga. yang kerdil. yang sering berbuat salah, yang alpa, lalai, melampaui batas dan 1001 dosa.. Astaghfirullahal'azim
No comments:
Post a Comment