Pages

Monday, November 29, 2010

Gift=Responsibility

Semalam, berchatting dengan sepupu yang kini berada di Mesir. Akibat sudah lama tak berborak, habis semua beliau luahkan melalui medium chatting tu. Walaupun umur kami berbeza, beliau 2 tahun lebih muda dari saya, tapi saya tak pernah rasa ada perbezaan umur di antara kami. Mungkin sebab pandangan dan fikrah kami sama. 

Selain bercerita, kami sempat berpesan-pesan diantara satu sama lain dan memberi kata-kata semangat. Bila nak habis tu, beliau kata, "Ni usrah jugak ni." Dan saya jawab, "Ye. Ni usrah tak nampak muka. hehe. Online punya". Sembang tarbawi. Saya rasa seperti ada rasa satu kepuasan apabila berborak. Meluah perasaan, berkongsi, support each other and exchanging words of courage. :)

Antara isi yang kami sempat bualkan ialah isu nak istiqamah dalam setiap amalan.

Kita, bila dah jumpa 'jalan' atau 'arah' yang kita cari-cari selama ni, ataupun sudah terisi satu lompong kosong dalam diri, kita mesti rasa puas dan kadang-kadang ada rasa bertuah bila dah dapat. Sampai kita lupa yang semua itu datang hanya dengan izin Allah. Dan sampai kita rasa ria' sebab kononnya kita manusia terpilih dan orang lain bukan.

Dan akhirnya, sampai satu masa kita sedar dan rasa sangat kecewa dgn diri sendiri sebab tak guna apa yang kita dapat itu sebaik mungkin. 

Saya percaya yang kurniaan, kenikmatan dan pemberian itu adalah satu tanggungjawab. Kerana apabila Allah telah beri kita sesuatu, kita akan dinilai ke arah mana dan untuk apa kita gunakan kenikmatan dan pemberian itu. Ke arah kebaikan kah? Mampu memberi manfaat atau tidak?

Bukan sekadar menerima 'hadiah' itu dan berhenti setakat itu sahaja. Bahkan perlu ada rasa tanggungjawab. 

Dan ruang untuk melaksanakan tanggungjawab itu sentiasa ada. 


Malah terbentang luas.

InsyaAllah, pelaksanaan tanggungjawab kita itu akan memberi manfaat kepada orang lain. Dan sudah tentu memberi manfaat kepada kita juga dalam pada masa yang sama berharap agar apa yang dilakukan diredhai oleh Allah SWT.


Tinggal kita sahaja mahu bergerak atau tidak..



Bila dah dapat, alhamdulillah. Sekarang, kena istiqamah pula. Dan mahu istiqamah ni bukan senang. "Bukan senang" itu bersebab. Sebabnya, kesenangan itu takkan kita peroleh sekarang, tapi disana

2 comments:

  1. salam 'alaik

    Teknologi, kalau diguna dengan baik, dapatlah manfaat.

    Cara istiqamah yang berkesan adalah dengan berada dalam linkungan sahabat. inshaAllah

    ReplyDelete
  2. syukran atas pandangan dan nasihat..
    insyaAllah...

    ReplyDelete