Alhamdulillah, dah sampai kampus.
Oh ye, tajuk entri takde kaitan dgn isi entri. Cuma compartment baru saya, ada sebatang pokok betul-betul kat luar tingkap. Belakang pokok tu tempat parking basikal. Pemandangan basikal ni memang klasik, so mmg saya sukalah. Pokok ni bakal menjadi peneman, macam ade kawan kat sebelah gitu.
Therefore, no more views of people playing tennis, people with various styles of getting ready to start up their bike in front of my very own eyes. :D and tidak dilupakan juga tiada lagi pemandangan kaum Adam yang datang (tanpa sebarang isyarat asap) untuk tolong baiki motor adik kakak mereka. pheww.
Therefore, no more views of people playing tennis, people with various styles of getting ready to start up their bike in front of my very own eyes. :D and tidak dilupakan juga tiada lagi pemandangan kaum Adam yang datang (tanpa sebarang isyarat asap) untuk tolong baiki motor adik kakak mereka. pheww.
![]() |
| lebih kurang mcm ni, mungkin lebih cantik lagi. :p |
![]() |
| Macam ni pun boleh jugak. Ikut citarasa anda. :P |
Lebih kurang 5 bulan telah berlalu. Pelbagai naik turun yang telah dilalui sepanjang berada di rumah. Berada di kampus sekali lagi membuatkan diri untuk kembali menganalisa apa yang telah dilalui. Tambahan pula, Ramadhan telah dilalui sepenuhnya di rumah.
Sebelum cuti bermula, adalah buat perancangan sikit-sikit sebab dah serik dah bazirkan cuti yang paling lama pun 3 minggu (kalau x silap) dulu. Nak buat apa dan apa. Adalah yang tercapai ada yang tak. Sedikit kekesalan disitu. Tp apa nak buat, sila siku diri sendiri sekarang. Tapi sekarang ada nafas lagi, maka boleh teruskan apa yang telah dirancang. Toksah duduk termenung menyesal, sebab masa yang kita guna untuk menyesal tu boleh kita gunakan untuk buat perkara yang kita pernah rancang untuk buat sebelum ni. Move on sistaahh! ^_^
Sudah tentu takkan lupakan program-program yang telah menemukan saya dengan orang-orang yang awesome! Kumpul kawan baru, bina silaturrahim dan insyaAllah berukhuwah hingga ke syurga. Siapa kata kita berkawan kat dunia je. Oh tidak, kita boleh berkawan sampai ke syurga. Syaratnya, sama-sama bekerja untuk sebarkan kebaikan atas bumi. Walaupun lepas program, masing-masing pulang dengan beg tayar dan air mata bercucuran gugur ke bumi (ayat tak boleh nak sastera lg kan kan), kita tetap yakin bahawa kita semua berpisah ada sebabnya. Sebabnya kita pulang nak sampaikan apa yang kita peroleh dengan keluarga dan kawan-kawan yang lain. Kita juga yakin yang satu hari nanti kita akan nikmati apa yang telah kita usahakan, dengan izin Allah. Kalau kita tak sempat pun untuk melihat hasilnya, kita yakin yang kita semua akan berkumpul bertemu dengan Allah dan membawa alasan bahawa "Aku telah melaksanakan apa yang Kau perintahkan Ya Tuhanku." Semoga Allah menerima alasan dan amalan kita. T_T
Bila duduk-duduk dengan kawan-kawan baru ni, ada satu perasaan yang macam, "Eh, macam pernah jumpa lah tapi tak tahu kat mana.". Bila rasa perasaan yang macam-macam, barulah faham apa yang pernah dibaca kat artikel-artikel islamik yang selalu orang pass kat kita. Semua itu adalah realiti dan bukan sekadar contengan di atas kertas sahaja. Kalau nak tahu macam mana rasa tu, anda perlu sendiri melaluinya. Dan sampai satu masa nanti, anda akan rasakan satu perasaan yang tak boleh nak ungkap melalui kata-kata. Perasaan yang hanya Allah sahaja yang tahu. Nah, apa lagi yang lebih sweet?? ;)
Alhamdulillah, Allah beri peluang kepada sebahagian daripada kita untuk merasa. Merasakan sesuatu yang dulu kita tak pernah ada, kemudian mencari dan mencari. Dan akhirnya, Allah beri apa yang kita tak pernah fikir pun untuk minta tapi sebenarnya merupakan perkara yang terbaik untuk kita.
Secara jujurnya, banyak perkara yang kita cari selama ini ada didepan mata kita sebenarnya. Tapi sayang seribu kali sayang, kita pandang sebelah mata je.
"Fastabiqul khairat!"- phrase kesukaan boss bulatan gembira**.
"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah MahaKuasa atas segala sesuatu"
(Al-Baqarah : 148)
Dari diri yang kerdil dan banyak dosa ini, untuk semester baru, saya berazam untuk lebih banyak bertanya dalam kelas atau kepada lecturer secara terus. Jangan dok fikir nak balik je. T_T
Teringat pulak masa pernah menghadiri program, seorang senior berkongsi, he's a graduate from Imperial College London. Beliau kata, "Orang putih tak malu bertanya. Bagi mereka, no question is a stupid question. Kita perlu ada the culture of asking." Sudah tentu, bertanya dengan adab, bukan berniat untuk merendah-rendahkan guru kita.
JOM!! Rebut saf depan sekali dalam kelas!! Ala, mcm korang selalu buat masa tarawih tuu.. ;)
Wassalam.. All the best for this new semester..
InsyaAllah!
![]() |
| from Langitilahi.com |



yeahhh! suka post ini! ^________________________^
ReplyDeletesemoga kita bersahabat hingga ke syurga. fastabiqul khairat! jom mulakan sem baru.
bismillahirrahmanirrahim :)
bismillahirrahmanirrahim.. Allah, kuatkanlah.. :')
ReplyDeletesy punye bilik skrg mengadap court tenis.... tak boleh suka suki bukak tingkap... diorang tu boleh je pegi main kat kompleks sukan...phewww... :)
ReplyDeleteMengada namanya.. *emo*
ReplyDelete