Pages

Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Hitam

Saudaraku,
                
Perjalanan hitam boleh saja ada di setiap lembar kehidupan orang, siapapun. 
Sehitam dan sekelam apapun. 
Tapi siapapun orang yang berada dalam gelap, pasti mendambakan cahaya. 
Siapapun yang sudah mendapatkan cahaya, pastu berusaha untuk tetap berada dan memegang kuat cahaya itu. 
Siapapun yang sudah terterangi, tak mungkin rela berjalan menjauh untuk sekedar tersandung, terantuk batu, apalagi tersesat dan jatuh ke dalam jurang. 
Lihatlah bagaimana Umar radhiallahu anhu sangat menyadari nikmat cahaya islam yang diterimanya. 

Katanya, “Kita adalah kelompok orang yang dimuliakan Allah melalui islam. Andai kita mencari kemuliaan dari selain islam, pasti Allah akan menghina kita.”



-Muhammad Nursani, Berjuang di Dunia, Berharap Pertemuan di Syurga.

Wednesday, April 3, 2013

Transaksi

Usai berbulatan gembira, tersedar hakikat kepentingan untuk manusia recap apa yang pernah bincang dulu atau apa yang dia pernah buat. Apa yang berlaku pada kita hari ini, mungkin related to ayat-ayat yang kita pernah tadabbur dulu. Mungkin waktu itu tidak berlaku secara live kat kita kan, tapi hari ini, bila kita dah berjaulah (ehem), dan kita jumpa macam-macam orang, kita akan mula bermonolog dalaman, "Nah, inilah dia kebenaran ayat-ayat Allah tu. ni memang living example".


Kita mungkin pernah terfikir, kenapa ada orang yang sanggup mewakafkan diri sepenuhnya untuk dakwah. Ataupun ada yang sanggup buat macam-macam untuk orang lain dalam erti kata lain, banyak memberi.



"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(At-Taubah : 111)



Bila teringat masa tadabbur dulu, antara pointnya ialah, bila kita beli something dari seseorang maka barang tu dah bukan jadi hak milik orang tu.

Referring to this ayat, bila Allah dah beli dari orang beriman akan jiwa dan harta mereka, maka ni indicate apa yang ada pada mereka iaitu jiwa dan harta tu, dah bukan jadi milik mereka! and bila mereka tahu semua tu bukan milik mereka, maka mereka tidak kisah untuk memberi sebanyak mana sekalipun. in terms of masa pun sama. Kerana mereka tahu itu semua milik Allah. dan bukan lagi milik mereka, kerana ia telah dibeli.... ia telah melalui transaksi, transaksi dengan Allah.

Dan berurusan jual beli dengan Allah tu, ganjarannya...... T__T


sudahkah aku melaksanakan transaksi itu? 


Saturday, February 23, 2013

Semoga Sepanjang Hayat

"Tiada garis penamat usrah.
selagi iman itu menaik dan menurun,
selagi dakwah menghadapi tribulasi, selagi ilmu itu boleh ditambah,
selagi berjamaah itu memperkuatkan individu,
selagi fitrah manusia tetap sama,selagi ad-Deen itu nasihat dan
selagi syaitan itu musuh manusia,maka selama itulah seorang individu memerlukn usrah.
tiada siapa boleh mendakwa dia sudah cukup segalanya,kerana itu dia tidak lagi perlukan usrah.
Ingat! serigala hanya memakan kambing yang terpisah daripada kumpulannya.
oleh itu,usrah adalah relevan selama-lamanya, walau secanggih manapun kehidupan manusia

-ust alias;JOM isu 07

doakan

Wednesday, January 2, 2013

23 Tahun Kemudian

bukan hanya dalam bulatan itu sahaja.
it might be something minor, but still, it will be something significant. :)
cubalah. ;)



in between, something about me came out. something that I don't wish to share, actually. but if it's with them, I hope it's okay. They'll understand, insyaAllah. :)

setelah 3 tahun or so, taaruf ini masih berjalan, dan akan terus berjalan.
begitu juga dgn tafahum dan takaful itu.


strike! make me strong


Wednesday, December 5, 2012

Beginilah Mereka

Aku rindu zaman itu, ketika halaqoh adalah kebutuhan

bukan sekedar sambilan apalagi hiburan.


Aku rindu zaman itu, ketika membina adalah kewajiban

bukan pilihan apalagi beban dan paksaan.


Aku rindu zaman itu, ketika dauroh menjadi kebiasaan

bukan sekedar pelengkap pengisi program acara yang dipaksakan.



Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,

Bukan keraguan apalagi kecurigaan



Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan

bukan tuntutan apalagi hujatan.



Aku rindu ketika zaman nasihat menjadi kesenangan,

Bukan su’udhon atau menjatuhkan


Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba menjadi lagu kebanggaan.


Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos ngepas dan alamat tak jelas.



Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah.



Aku rindu zaman ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infaq, alat tulis buku catatan serta Al qur’an terjemahan, ditambah sepenggal hapalan.



Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dgn ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya.


Aku rindu zaman ketika seorang binaan menangis ketika tdk dapat menghadiri liqo.


Aku rindu zaman ketika seorang murabbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya.


Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini.


Aku rindu zaman itu


Aku rindu ….


Ya Allah jangan kau buang kenikmatan berda’wah dari qolbu-qolbu kami


Dan jangan Engkau jadikan hidup kami ini hanya berjalan di tempat yang sama.

Ya Allah.


Almarhum KH Rahmat Abdullah

Tuesday, August 7, 2012

First Impression

Ada situasi, first impression memang penting. 
It sets the mood when carrying out a conversation with someone new.
Kalau first impression tu tak berapa nak bagus, but it turns out that when you start to know about that person and the perception towards him/her changes, that would be good, alhamdulillah. depends pada worldview lah sebenarnya. Tapi setiap org perlu diberi peluang kan, siapalah kita untuk menyekat peluang itu sedangkan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Thanks ALLAH, for letting me in.


Sebenarnya nak share satu benda, bila pergi program, conference riang atau ape2 la korang panggil dan kita jumpa orang-orang yang kita kenal masa awal-awal nak faham islam, hati tu semacam sayu. *adeh*
Masa dulu brader-brader dan sista-sista ni byk bagi kata-kata motivasi untuk kita "reach out for the stars." (ni nama slot, ingat lagi kot). Lain rasa bila orang bagi motivasi, selit dengan Qur'an and Sunnah. dan diorang telah membuktikan satu hal : nak quote ayat Qur'an peberet tak semestinya anda perlu menjadi graduan yg pernah menuntut ilmu di negara pak arab atau di sebuah universiti yg pada namanya ada perkataan "islam" didalamnya. Dimana saja pun boleh even if anda tinggal di dlm igloo sekalipun. 

Nak sebut nama-nama tu segan. Tapi cukup lah kalau diri sendiri tahu. Bila berselisih, rasa mcm tengok artis plak, nak pi mintak autograf. padahal diorang pun org biasa sahaja, tapi insyaAllah luar biasa pada Allah *mendoakan*. believe it or not, beberapa patah kata yang disampaikan masa dulu tu saya ingat sampai sekarang. penangan ayat dan kata-kata, never underestimate the words that you said. Kerana kata-kata juga adalah saham kita di akhirat. *Subhanallah, the value of words*

Mendoakan semoga Allah merahmati mereka dan keluarga mereka. Teguhkan hati mereka dalam dakwah dan tarbiyyah supaya terus menerus memberi inspirasi kepada anak muda yg dulunya sesat, mencari dan ingin kembali kepada Tuhan supaya mereka juga seterusnya dapat menyambung mata rantai perjuangan yg panjang ini.

Allahumma ameen.. :')


"Beradalah dalam pelukan islam sepenuhnya. Bukan suku-suku, bukan separuh-separuh"

And now, I understand what it means.


Saturday, March 31, 2012

30 March-ing


"Bersyukurlah antum kerana antum telah dipilih untuk berada disini. Memang antum rasa antum sendiri yg memilih untuk hadir ke sini, tapi hakikatnya ALLAH yg memilih antum utk berada di sini. Ketahuilah berapa ramai sahabat kita yang lain, yg berkeinginan sangat2 nak dtg, dah plan dah macam2 utk dtg ke sini, tp ALLAH takdirkan mereka tidak dapat bersama-sama kita pada hari ini. Kita merancang, tapi kita perlu ingat Allah juga merancang. Dan Dialah sebaik-baik perancang"*




Ya Allah, benarkan Palestina untuk berada di hatiku selamanya. Sebagai saksi.


 Allahuma unsor ikhwanina al mujahideena fi FILISTIN wa fi kuli makan

Allahumma Ya Muqollibal Qulub, tsabit qalbiy 'ala deenik wa 'ala to'atik... 


p/s: Melawati instead of Malawati. hehe

*kata-kata tu bukan direka sendiri, tapi merupakan kata-kata yg sudah biasa didengari di awal program atau awal pgisian. tp ketahuilah, ayat-ayat ini beri makna yg luar biasa.. setiap kali terdengar mesti termenung muhasabah..

Saturday, March 24, 2012

Enlarge, Maximize


Jangan malu utk katakan "Cita-cita aku nak masuk syurga."

Ada org segan nak ckp sebab dia rasa syurga itu something yg jauh dan satu fantasi. "Nanti-nanti dululah". sebab tak nampak dgn mata therefore habis elektrik je kalau nak bayang.

Tp selalunya benda-benda yg best adalah benda yg rare. Exclusive. Maka, makin best benda tu makin susah lah nak nampak atau jumpa kan? Dan orang yg PAKAR je blh buat.

Macam tulah syurga.. Allah je tahu mcm mana nak buat. khas utk mereka yg fastabiqul khairat (berlumba-lumba menuju kebaikan) di dunia dan utk mereka yg memang yakin yg mereka akan dapat hadiah yg sesuai (malah lebih lagi) dgn apa yg telah mereka usahakan.

Biar cita-cita kita lain dgn org lain.

Orang yg membesarkan ruang lingkup dia kerana mempunyai satu matlamat yg jauh, insyaAllah, hati dia tidak akan merasa sempit dgn kehidupan dunia.

Sama-sama, kita besarkan cita-cita......


....Seperti mereka
(Abu Marzouk, Khalid Meshaal & Ezzat Rishq)

Monday, November 28, 2011

Sang Optimistik


Kita mungkin pernah melalui saat putus asa. Saat pesimistik, tak bersemangat. Kerana menyangkakan Islam itu terlalu idealistik dan tak sesuai dengan empunya diri yang tak sempurna. Kita sangka kita tak layak untuk itu dan ini. Atau belum layak untuk itu dan ini. Sedangkan apa yang Allah sediakan itu adalah untuk kita, dan bukan untuk makhluk lain. Dan kita masih teragak-agak untuk memilih apa yang sudah terbentang.

Secara peribadi, 2,3 tahun lalu merupakan tahun-tahun yang telah menjelaskan pandangan diri sendiri terhadap agama sendiri. The way I perceived my own religion has changed. To cut things short, 2,3 tahun tersebut telah memberikan penjelasan bahawa Islam itu memberikan harapan. Harapan kepada kita bahawa segalanya mungkin. Keluarga bahagia, masyarakat yang harmoni, pemerintahan yang adil, politik yang bersih dan sebagainya.

Hari itu pasti datang.

Yakin! Dan teruskan bergerak..

Allah, teguhkanlah..

Friday, November 11, 2011

Lari Jauh-Jauh



Apabila seseorang manusia itu melalui satu anjakan paradigma dalam cara dia berfikir, which then will eventually leads to some changes in the way of behaving, dia mungkin akan bergelut pula dengan cabaran nak menguatkan istiqamahnya.

Tidak mudah, tapi boleh ja bah. InsyaAllah.

Yang susah itu sebenarnya nikmat. Susah itu yang memberi kita rasa bahawa banyak benda Allah nak ajar kita sepanjang kita susah. Yang manusia selalu nampak hanya kesusahan, penat lelahnya sendiri. Jarang untuk dia melihat bahawa terselit 1001 hikmah.


Apa yang ingin disampaikan disini ialah apabila seseorang itu diuji dengan datangnya benda-benda yang pernah jadi kesukaannya. Contohnya,bila tengok tv atau dgr radio ataupun sedang melayari internet, satu genre muzik yang pernah jadi sangat sebati dalam darah dagingnya dan other things that she once would die for (regardless of whatever mum says) datang muncul di hadapan mata atau didengar ditelinga.

Jika kita diberi ujian sebegini, adakah kita hendak ikut dengan alasan, "Sekali-sekala takpe kot.kan kan" ataupun kita bertindak lari jauh-jauh?

Pilihan ditangan kita.

Nilailah jika karat-karat jahiliyyah itu masih ada, wahai diri.

Sekarang masa sungguh singkat,adakah kita nak biarkan diri kita terus melayan benda-benda remeh ni? Adakah kita bersedia untuk berkorban dengan lebih hebat? Kata mahu islam itu tertegak dalam hati-hati manusia.

Teruskan melangkah.

Kita dah tak ada masa.


Thursday, September 8, 2011

The Handsome Tree

Alhamdulillah, dah sampai kampus. 

Oh ye, tajuk entri takde kaitan dgn isi entri. Cuma compartment baru saya, ada sebatang pokok betul-betul kat luar tingkap. Belakang pokok tu tempat parking basikal. Pemandangan basikal ni memang klasik, so mmg saya sukalah. Pokok ni bakal menjadi peneman, macam ade kawan kat sebelah gitu.
Therefore, no more views of people playing tennis, people with various styles of getting ready to start up their bike in front of my very own eyes. :D and tidak dilupakan juga tiada lagi pemandangan kaum Adam yang datang (tanpa sebarang isyarat asap) untuk tolong baiki motor adik kakak mereka. pheww.

lebih kurang mcm ni, mungkin lebih cantik lagi. :p