Kita mungkin
pernah melalui saat putus asa. Saat pesimistik, tak bersemangat. Kerana
menyangkakan Islam itu terlalu idealistik dan tak sesuai dengan empunya diri
yang tak sempurna. Kita sangka kita tak layak untuk itu dan ini. Atau belum
layak untuk itu dan ini. Sedangkan apa yang Allah sediakan itu adalah untuk
kita, dan bukan untuk makhluk lain. Dan kita masih teragak-agak untuk memilih apa yang sudah terbentang.
Secara
peribadi, 2,3 tahun lalu merupakan tahun-tahun yang telah menjelaskan pandangan
diri sendiri terhadap agama sendiri. The way I perceived my own religion has
changed. To cut things short, 2,3 tahun tersebut telah memberikan penjelasan bahawa Islam itu memberikan harapan. Harapan kepada kita
bahawa segalanya mungkin. Keluarga bahagia, masyarakat yang harmoni,
pemerintahan yang adil, politik yang bersih dan sebagainya.
Hari itu pasti datang.
Yakin! Dan teruskan bergerak..
Allah, teguhkanlah..
No comments:
Post a Comment