Monday, November 28, 2011

Selesa Itu Bahaya

Teringat satu kisah yang diungkapkan Almarhum Ust Rahmat Abdullah dan dipaparkan dalam filem Sang Murabbi..

Lebih kurang begini kisahnya..

Kisah seekor monyet..



Seekor monyet sedang memanjat sebatang pokok kelapa.. untuk mengambil kelapa (of course)
Tiba-tiba datang angin sangat kencang, menggoyangkan pokok itu..
Disebabkan monyet sangat-sangat inginkan kelapa tersebut, ia memegang erat batang pohon. Sungguh erat, sungguh gigih..

Kemudian datang pula, angin sepoi-sepoi bahasa, 
Angin yang syahdu, aduhai...mak aih menyelesakan sungguh....
Sangat menyelesakan sampai si monyet pun terus tertidur lalu jatuh..


Persoalannya, kita di babak mana?

1) Babak monyet dirempuh angin kencang yang menggambarkan kesusahan tapi tetap teguh memeluk erat batang pohon kerana benar-benar ingin mencapai misi?

Ataupun..

2) Babak di mana monyet diulit dengan keselesaan sampai tak kisah dah misinya nak dapatkan pokok kelapa tu?


Kesusahan dan ujian itu penting untuk mengingatkan kembali misi yang hendak kita capai. Tanda Allah sayang supaya kita sentiasa fokus dan tidak lari dari tujuan. Walaupun kita ditolak dari pelbagai arah, kita terus bergerak menuju misi yang kita yakin ada dihadapan. 


Peringatan buat diri dikala selesa.. 

0 comments:

Post a Comment