Pages

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Monday, September 17, 2012

P


Palestin..
Kalau dulu bersedih, menangis hanya semata kerana kasihan.
“Kesiaaaan Palestin”
Dan ssghnya bagi itu bkn sebuah kefahaman
Usaha dan usaha, lidah dan perut dikekang. Mencuba, betulkah cara ini berkesan?
Jatuh, bangun. Kdg2 termakan juga, kadang terlupa.
Tarbiyah, memberi kefahaman.
Kefahaman bahawa penyucian nafsu itu berkait dgn penyucian hati.
Bknnya aku maksum, bknnya aku hebat. Hanya manusia yang mencuba dan mencari.
Kini, semua ini bukan lagi sebuah ‘kasihan’.
Tapi sebuah kesedaran betapa tidurnya umat dan diri ini.
Bukan kasihan pada mereka, tapi kasihan pada KITA.
Kerana tak mampu (atau tidak mahu?) utk memahami.


Saturday, March 31, 2012

30 March-ing


"Bersyukurlah antum kerana antum telah dipilih untuk berada disini. Memang antum rasa antum sendiri yg memilih untuk hadir ke sini, tapi hakikatnya ALLAH yg memilih antum utk berada di sini. Ketahuilah berapa ramai sahabat kita yang lain, yg berkeinginan sangat2 nak dtg, dah plan dah macam2 utk dtg ke sini, tp ALLAH takdirkan mereka tidak dapat bersama-sama kita pada hari ini. Kita merancang, tapi kita perlu ingat Allah juga merancang. Dan Dialah sebaik-baik perancang"*




Ya Allah, benarkan Palestina untuk berada di hatiku selamanya. Sebagai saksi.


 Allahuma unsor ikhwanina al mujahideena fi FILISTIN wa fi kuli makan

Allahumma Ya Muqollibal Qulub, tsabit qalbiy 'ala deenik wa 'ala to'atik... 


p/s: Melawati instead of Malawati. hehe

*kata-kata tu bukan direka sendiri, tapi merupakan kata-kata yg sudah biasa didengari di awal program atau awal pgisian. tp ketahuilah, ayat-ayat ini beri makna yg luar biasa.. setiap kali terdengar mesti termenung muhasabah..

Thursday, March 18, 2010

Tak Senang Duduk


Salam

Melihat pada gambar di atas di palestinkini.info, buat saya rasa tak senang duduk. Serba tak kena. Secara tiba-tiba.

Tak tahu kenapa bila lihat status sahabat-sahabat di FB, "yeay ak happy" dan mcm2 lagi, semua rasa tak kena. Padahal setiap hari saya lihat perkara itu. Sekarang rasa sangat..tak sedap hati. Rasa mcm, tak patut betul.

Rasa nak marah pun ada, nak marah kat diri sendiri pun ada.

Zionis, menceroboh Al-Aqsa. Saudara-saudara kita pula terus berusaha meneguhkan benteng. Dengan apa? Dengan selipar, kasut, batu-batu dan lain-lain. Dan bukan senjata api. Saya ulang bukan senjata api.

A portion of the news..

Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.

Beberapa sumber tempatan memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa berpuluh-puluh tentera Zionis melakukan pencerobohan tersebut secara mengejut. Mereka juga menghalau orang-orang yang sedang beriktikaf di dalamnya melalui salah sebuah pintu dan menghalang daripada masuk kembali ke dalam masjid serta merampas kad pengenalan.

Beberapa orang penduduk bandar al-Quds dari kalangan rakyat Palestin yang tinggal di situ melakukan iktikaf di dalam masjid al-Qibli selepas solat Isyak, setelah beberapa orang ulama menyeru agar mereka bertahan di dalam masjid al-Aqsa, selepas ancaman berulang kali daripada pihak Zionis untuk menceroboh masjid tersebut.

Perlu dinyatakan bahawa masjid al-Qibli adalah terletak di bahagian selatan daripada masjid al-Aqsa, iaitu arah kiblat dan merupakan ruang solat utama bagi kaum lelaki dan tempat imam di dalam masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Ketika itu, 14 Mac.. Anda dan saya sedang lakukan apa ketika itu? Saya sedang berada di rumah...dengan selamat.

Sesungguhnya, saya berasa sangat serba salah. Serba salah kerana rasa selamat.

Saya sedih, kesal dgn diri saya sendiri.