Kita mungkin pernah terfikir, kenapa ada orang yang sanggup mewakafkan diri sepenuhnya untuk dakwah. Ataupun ada yang sanggup buat macam-macam untuk orang lain dalam erti kata lain, banyak memberi.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(At-Taubah : 111)
Bila teringat masa tadabbur dulu, antara pointnya ialah, bila kita beli something dari seseorang maka barang tu dah bukan jadi hak milik orang tu.
Referring to this ayat, bila Allah dah beli dari orang beriman akan jiwa dan harta mereka, maka ni indicate apa yang ada pada mereka iaitu jiwa dan harta tu, dah bukan jadi milik mereka! and bila mereka tahu semua tu bukan milik mereka, maka mereka tidak kisah untuk memberi sebanyak mana sekalipun. in terms of masa pun sama. Kerana mereka tahu itu semua milik Allah. dan bukan lagi milik mereka, kerana ia telah dibeli.... ia telah melalui transaksi, transaksi dengan Allah.
Dan berurusan jual beli dengan Allah tu, ganjarannya...... T__T
sudahkah aku melaksanakan transaksi itu?