Dahan itu
bergoyang.
Bergoyang sekuat mana pun ia, akarnya tetap satu.
Akarnya dtg
dari satu sumber, bukan dari berbeza dan banyak tempat.
Jika dari
byk tempat, maka ‘peninglah’ pokok itu mahu membuahkan daun jenis apa dan buah
jenis apa.
Dan dahan
yg bergoyang itu tidak risau, kerana ia tahu, akarnya kuat, mampu membekalkan
air yang terus memberi manfaat.
Dan dahan
itu bergoyang,
Sama seperti
hati ini yang sedang berbolak-balik.
Berbolak-balik
sekuat dan sekerap mana pun ia, sumbernya tetap satu.
Sumbernya
hanya satu, bukan dari berbeza dan banyak tempat.
Jika dari
byk tempat, maka perkataan, perbuatan, keputusan jenis apakah yang bakal ia
hasilkan?!
Dan hati
itu tidak risau, kerana ia tahu, sumbernya adalah dari Yang Maha Kuat, Maha
Penyayang, Maha Mengampuni, dan lebih
dari mampu untuk memberi nyawa dan harapan.
Allah…
I'm not a poet, neither do I inspire to be one. just some random thoughts saat memandang ke luar tingkap.
No comments:
Post a Comment