Pages

Friday, December 21, 2012

Melekat

Ada orang tu, dia suka sangat question kenapa semua perlu berakhir.

Macam dia kat high school dulu, pernah fikir nak duduk je kat sekolah taknak balik sampai puas hati baru balik rumah. mentang2 sebbelah je rumahnya, dekat.

Ni sentimental tak kena tempat namanya.

Setiap benda nak ambik gambar. Nak bagi contoh ye, sebab nak bagitahu betapa "adeh"nya budak ni. Contoh : nak ambik gambar keadaan aturan kerusi dan meja pada masa last day kat sekolah sbb susun atur tu akan ingatkan dia pada last day dia tu. ataupun nak ambik gambar daun terbang, sebab daun tu terbang macam tu masa hari dia last day kat situ. to put things short, she (or he) wanted to capture that moment. to remind her about that day. the last day of school.

Tapi as time goes by, a series of events occurred. 

Makin lama, makin tak tahu gambar2 tu kat mana.

Kalau tentang event lain pulak, handphone (yang ada gambar2 dan messages yang memorable) tu hilang.

Sampai satu tahap, dia rasa mungkin, wallahu'alam, Allah nak ajar yg semua ni berubah. Dan mungkin, Allah taknak dia terpaut sangat dgn semua events tu. Boleh untuk ambil pengajaran. Tapi jgn sampai letak dalam HATI.

Jangan letak, melekat terus dalam HATI.

Kerana HATI itu punya hak untuk yang lebih agung.

Bukan dunia.

Tetapi Allah.

Kadang-kadang bila benda macam ni berlaku, reflect balik kat diri kita tentang apa yang kita cakap pada orang:

"Letak dunia di tangan. Bukan di hati. Agar kita boleh manipulate untuk manfaat di akhirat nanti."

"Jangan berpaut pada yang tak kekal. nanti frust"

Masa cakap kat orang tu, rasa macam dah faham dah. tapi rupanya belum cukup faham. Dan pengajarannya jugak, manusia itu takkan pernah cukup, akan terus ditambah dan ditambah. insyaAllah


Terima kasih Allah atas semua susunanMu.


Hari ni last day of lecture, sepatutnya semalam. Berakhir dgn kelas yang lecturer yang pernah mentioned dlm post before ni. Macam mana lecture hari ni berakhir tak sure nak cerita detail kat sini ke tak. tapi memorable sampai bila2, rasanya hampir semua orang menangis. Doakan kita semua dikumpulkan di syurga. Jadikan ini sebagai cita-cita kita : nak syurga, nothing else.





Baca ni : :)
http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/character/like-a-good-tree/









No comments:

Post a Comment