Pages

Tuesday, December 25, 2012

Tinggalkan Jauh

Dan dia bermonolog..

"Kini aku faham,
Kenapa orang sibuk-sibuk ajak orang lain untuk tinggalkan jahiliyyah..

Kerana mereka juga mahu engkau merasakan manisnya hidayah..
Manisnya meninggalkan sesuatu yang Allah tidak redha.
Manisnya kepayahan dalam mengikis hati yang kotor
Manisnya meng'delete' satu persatu perkara yang engkau pernah sanggup 'mati hidup kembali dengannya'.


Dan yang pasti, mereka mahu engkau merasa betapa Allah menyayangi,
Dan menyediakan ruang dan alam yang besar untuk engkau berubah."


Tinggalkan.
Usaha dan mujahadah.
Diiringi doa.
Peganglah pada tali Allah yang pasti ini.


DIA tidak pernah mengecewakan..

"demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya,
maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,
sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu),
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
(As-Syams : 7-10)


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya"
(3:103)



Dan kita tinggalkan.



#seseronok mana pun semua itu, aku takut ia menghalangmu dari memahami pengampunan Allah..

No comments:

Post a Comment