Hari tu
masa on the way ke MAHA, lalu depan rumah.
Adeh.
Rindu tapi
apakan daya, saya tak mampu nak bercengkerama dgn pakcik bas dgn berkata “stop bas ni
sekarang jugak, tak kira!”
Boleh je nak balik dan buat aksi terpacak dpn rumah dan tgk reaksi family kita. tp itulah... tak boleh jugak nak balik. hm
Dan mula
terbayang, jika rumah yang sementara ini kita rindu-rindukan, bagaimana pula perasaan
kita tentang rumah/kampong kita yg lebih kekal abadi itu? Yang lebih forever
after. Yg tiada hujungnya. Dan yang lebih penting, yang REALITI dari yg
sekarang ini? Iaitu Kampung dan Rumah Akhirat.
Rindu kita
utk masuk syurga, samakah dengan rindu kita dengan rumah yg sementara ini…
Akan ada
masa kita akan diuji, sama ada utk pergi program yang konfem2 insyaAllah akan membina diri
dan bina orang lain ATAU balik rumah utk melepas rindu.
Bukan nak
kata tak boleh balik rumah langsung, (atau saya jeles dgn org yg balik rumah).
Tp itulah, memang kena betul dgn ayat Allah ni. Mmg ayat pelempang bak kata
inche Gabbana.
Kita sibuk sangat
dengan urusan dunia sampai tiada masa untuk berbulatan gembira..? Kita lebih
utamakan urusan keluarga daripada memenuhi tuntutan Allah dan ar-Rasul? Azan
sudah berkumandang dan ketika itu siaran telebisen drama 'Adam
& Hawa' sedang ditayangkan dan
kita tidak pasti nak utamakan yang mana...?? Panggilan jihad sudah berkumandang
tapi kita masih berat punggung dan keras kaki, semuanya kerana penyakit wahan
yang sudah membarah di hati...??
"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Jika bapa-bapa
kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan
kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu
bimbang akan rugi, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu
cintai daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad pada jalan-Nya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasik.'"
[at-Taubah, 9:24]
Kita akan
diuji dgn benda yg kita SUKA : baik keluarga, harta, study etc. tapi yg kita sukakan
inilah yg kita perlu trade in utk dapat yg lebih baik, tu pun kalau betul2 kita
mahukan yg lebih baik itu. T__T
Allah,
kuatkan kami.
No comments:
Post a Comment