Pages

Friday, December 14, 2012

Berlari

Nikmatnya apabila engkau hanya meluahkan hanya padaNya.

Sedih.

Keliru.

Hanya pada Dia.

Terasa seperti bersusah itu satu nikmat.

Nikmat apabila Dia mahu menarikmu kembali.

Menarikmu kembali, agar mengingatkan diri bahawa engkau juga manusia.

Manusia yang khilaf, yang berdosa,

Yang juga menangis.



"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. 
Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."


Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    ya, jika mahu merasa betul-betul nikmat redha atas segala ketentuan Allah hanya kepada Allah kita mengadu, bukan pergi mengeluh pada orang lain.

    Allah dekat penuh kasih sayang, moga thabat.

    ReplyDelete