Pages

Thursday, October 3, 2013

Forward

Pernah kita rasa? zaman awal-awal disentuh tarbiyyah, mula mengenal matlamat hidup, mula sedar dan terasa "now everything makes sense". momen-momen 'basah' itu, terasa seolah sudah lama.

"Ukhuwwah fillah"

"Berpimpin tangan menuju syurga"

"Berlapang dada, kita kan saudara"



Dan benarlah kata penulis itu, "Hari ini, aku ditunutut untuk membuktikan kata."

Ya, benar.

Malah, bukan hari ini sahaja, malah setiap hari.

Ketika marah, benarkah "dijalan-Nya"?

Masa terasa dihati, sejauh mana dada itu benar-benar dilapangkan?

Makin jauh melangkah, ya, terasa macam merindui zaman-zaman itu. Zaman kita "disambut", "dibelai".



Tapi jangan pernah berputus asa.

"Belaian" dan "sambutan" itu sentiasa ada. Jika kita benar-benar tajdidkan, selama ini, dari dulu sehingga kini, semuanya kerana siapa...


Allah....



Boleh jadi, dulu kita yang mengingatkan, sekarang mereka pula yang mengingatkan. dan aku kini faham kenapa sahabat-sahabat keimanan itu perlu dibina, dibantu dan diramaikan. supaya, kelak, mereka pula yang mengingatkan. 


No comments:

Post a Comment