Selalu suka banding manusia dan hidup dengan tukang kebun dan pokok.
Terlalu banyak persamaan dan pengajaran.
Suka melihat manusia ibarat tukang kebun. Tukang kebun yang menanam dan menabur benih-benih di batas-batas tanah, yang dia tak tahu mana satu berjaya tumbuh. Tapi dia tetap tabur dan tanam. Tetap jaga. Tanpa dia tahu diri dia sendiri tu dapat tengok tak benih tu membesar. Tapi dia masih tabur dan tanam.
Macam amalan kita ni. Mana satu yang benar-benar betul. kadang-kadang, akan datang kesamaran. blur. serabut. ada benda yang kita tahu betul baik, kita buat sahaja. tapi kita sendiri kadang-kadang tak tahu orang lain akan turut melihat apa kita buat tu sebagai suatu perkara yang baik juga atau macam mana. Bukan nak orang tengok amalan kita, tapi kalau boleh nak dia merasakan manfaat, walau sedikit, dengan semampu kudrat kita.
Pokok.
Nak tunggu dia membesar, macam-macam kerenah. Tak semua sanggup sabar. Mula dari biji benih yang kecil, macam tiada manfaat. menyusahkan. fragile. tapi tiba waktunya, dia tetap membesar. ribut hujan panas binatang. dah besar beri manfaat pula pada orang.
begitulah bebelan aku tentang pokok dan tukang kebun. :D
No comments:
Post a Comment