Pages

Sunday, July 4, 2010

Tak Marah

Sebentar tadi saya seperti 'meletup' sekejap di Facebook melalui status. Geram. Tapi berusaha utk menyusun ayat sebaik mungkin agar tak buat sesiapa berkecil hati. Hanya mahu berkongsi, dan mohon agar Allah membuka pintu hati mereka agar mula sedar. 
Dan semoga bukan hanya sedar, malah terus bergerak untuk meninggalkannya.


Isu world cup.


Setiap kali gol, diupdate statusnya.
Dan mcm2 lagi ulasan berkenaan perasaan mereka terhadap perlawanan yang sedang atau telah ditonton.


Ada yang berkata, "Biasa la tu. Bola. Biasa la. Budak2 kan suka bola. Benda ni pun orang dok anticipate setiap 4 tahun sekali. Biar la sekali-sekala"


Itu namanya penyakit! Makin dibiar tanpa peringatan, makin menjadi-jadi. Selalunya yang sekali-sekala itulah yang lama-lama menjadi biasa.


Bagi saya, tak semua kebiasaan itu betul. Saya memilih untuk tidak mengikut kebiasaan kerana tidak semua kebiasaaan itu adalah betul. 


Atau dalam erti kata lain. Trend. Orang pakai mcm ni, kita ikut. Org buat tu, kita ikut. Hanya kerana semua itu adalah the in-thing pada waktu itu, kita pun ikut. Takut dilabel sebagai ketinggalan zaman.


Sangat sedih apabila melihat sahabat-sahabat yang memakai tudung labuh dilihat oleh masyarakat sebagai pelik. Ini juga satu contoh. Dan ini disebabkan kerana keadaan masyarakat dan suasana kehidupan kita yang tidak dibiasakan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya dipandang pelik.


Antara yang lain, jika seseorang itu dah biasa hisap rokok dan pada hakikatnya, merokok itu sudah difatwakan sebagai haram, maka, adakah saya perlu ikut dia merokok?




Kebiasaan yang dilakukan masyarakat yang menjadikan kita lupa khabar berita dari sahabat-sahabat di Palestin. Kebiasaan-kebiasaan ini lah yang telah dirancang oleh The Elites dan zionis untuk merosakkan umat Islam. Sedarlah wahai sahabat. Sebab itu saya amat menyarankan sahabat-sahabat menonton dokumentari The Arrivals.

Banyak yang perlu kita lakukan sebenarnya. Jika mahukan kemenangan yang hakiki, usaha-usaha yang dilakukan tak mungkin senang. Kerana hendak mengubah kebiasaan itu bukan sesuatu yang mudah. Teringat kata-kata Ust Hasrizal dalam buku beliau Aku Terima Nikahnya...
Walaupun nyata bersalahan dengan agama, mencabut adat yang asing daripada Islam, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain. Akarnya dalam mendasar, batangnya tajam berduri. 
Dan benar jugalah kata-kata dari seorang sahabat..
Kita perlu betulkan yang biasa. Dan biasakan yang betul.
Wallahu'alam. 

2 comments:

  1. salam..

    cek pun bengang pasai update world cup kat FB tuh.. abeh menyemak je kat Home.. yang ada tuh, siap 'Alhamdulillah' sbb German menang.. tah pape.. aduih~

    ReplyDelete
  2. aduih.
    begini lah masyarakat kita. depa tak sedar pun apa depa dok buat.
    tak tahu, maka org bagitahu. bila dah tahu, ada yg buat2 tak tahu.
    takpa. usaha takkan pernah putus. :)

    ReplyDelete