Makin hari, makin kurang rasa 'homesick'. Mungkin sebab, makin hari dah makin banyak kerja. Terlalu sibuk untuk fikir tentang 'homesick' macam awal-awal dulu. Online pun jarang sebab wifi di bilik sangat 'syahdu'. Online apabila berada di tempat-tempat yang wifinya berkuasa kuda seperti di musolla sisters atau pun di Resource Centre di Kulliyyah of Science aka Wackos.
Ini mengenal erti belajar membiasakan diri.
Tak 'homesick' tak bermakna tak ingat langsung pada rumah. Ingat. Talked to my parents almost everyday. Even though just to tell them that the price for Kuantan-KL ticket is 22 ringgit. Teruja nak balik KL naik bas dan akan berhenti di Greenwood. Believe it or not, tak pernah beli tiket bas.
Ini proses pembelajaran juga ni. Ilmu.
Setiap kali nak 'homesick' je, mesti selalu akan bandingkan dengan pelajar-pelajar dari luar negara. Dari Somalia, Sudan, Sri Lanka. Mereka lagi jauh. Tak perlulah nak bandingkan dengan mereka, bandingkan sahaja dengan kawan-kawan yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Dengar kata, hari raya pun takkan balik ke kampung halaman. Mereka akan beraya di rumah saudara-mara di Semenanjung sahaja.
Ini medan mengenal erti bersyukur.
Tambahan, mungkin kehadiran kawan-kawan yang sama-sama turut berjuang, bersusah-payah melengkapkan lagi kehidupan di sini. Susah belajar, mereka tolong. Nak minta nasihat, saling memberi. Bila dah berada di negeri asing bagi kebanyakan daripada kami, memberi peluang untuk saling tolong-menolong dan merasa nikmatnya susah-payah bersama. Nikmat.
Ini peluang merasa nikmat berukhuwwah.
Semakin hari, semakin saya sayang tempat ini. InsyaAllah, punya harapan untuk merealisasikan banyak impian selama 4 tahun disini.
Semakin faham erti perjuangan sebenar.
Semoga Allah permudahkan..
No comments:
Post a Comment