Pages

Thursday, March 18, 2010

Tak Senang Duduk


Salam

Melihat pada gambar di atas di palestinkini.info, buat saya rasa tak senang duduk. Serba tak kena. Secara tiba-tiba.

Tak tahu kenapa bila lihat status sahabat-sahabat di FB, "yeay ak happy" dan mcm2 lagi, semua rasa tak kena. Padahal setiap hari saya lihat perkara itu. Sekarang rasa sangat..tak sedap hati. Rasa mcm, tak patut betul.

Rasa nak marah pun ada, nak marah kat diri sendiri pun ada.

Zionis, menceroboh Al-Aqsa. Saudara-saudara kita pula terus berusaha meneguhkan benteng. Dengan apa? Dengan selipar, kasut, batu-batu dan lain-lain. Dan bukan senjata api. Saya ulang bukan senjata api.

A portion of the news..

Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.

Beberapa sumber tempatan memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa berpuluh-puluh tentera Zionis melakukan pencerobohan tersebut secara mengejut. Mereka juga menghalau orang-orang yang sedang beriktikaf di dalamnya melalui salah sebuah pintu dan menghalang daripada masuk kembali ke dalam masjid serta merampas kad pengenalan.

Beberapa orang penduduk bandar al-Quds dari kalangan rakyat Palestin yang tinggal di situ melakukan iktikaf di dalam masjid al-Qibli selepas solat Isyak, setelah beberapa orang ulama menyeru agar mereka bertahan di dalam masjid al-Aqsa, selepas ancaman berulang kali daripada pihak Zionis untuk menceroboh masjid tersebut.

Perlu dinyatakan bahawa masjid al-Qibli adalah terletak di bahagian selatan daripada masjid al-Aqsa, iaitu arah kiblat dan merupakan ruang solat utama bagi kaum lelaki dan tempat imam di dalam masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Ketika itu, 14 Mac.. Anda dan saya sedang lakukan apa ketika itu? Saya sedang berada di rumah...dengan selamat.

Sesungguhnya, saya berasa sangat serba salah. Serba salah kerana rasa selamat.

Saya sedih, kesal dgn diri saya sendiri.


2 comments:

  1. huhu amal. jom lah kita doa sama2 semua nya selamat. :)

    ReplyDelete
  2. sama2 kita berdoa..
    berdoalah dlm stp solat kita..

    ReplyDelete